Followers

Wednesday 7 November 2012

Macam-macam Hal

As-salam.

Mak Aji menyepi beberapa hari kerana pelbagai hal. Satunya Mak Aji, Pak Aji dan anak dara, Madihah ke Skudai kerana Madihah ingin ketemu kakak dan anak buahnya sebelum pulang ke Surabaya. Sebenarnya Madihah balik ke KL dua hari sebelum raya haji sebab dia kurang sihat - dua minggu demam dan cirit-birit, juga gastrik yang agak teruk. Setelah berjumpa doktor beberapa kali alhamdulillah dia semakin baik. Malam tadi kami menghantarnya ke LCCT untuk pulang ke Surabaya.

Madihah dengan Syasya, cucu saudara Mak Aji.


Sekembali kami ke KL, Mak Aji terus ke desktop untuk blogging, namun skrin komputer tidak mengeluarkan apa-apa imej! Rosak lagi, entah apa lagi halnya??? Boy pula sedang ambil peperiksaan akhir. Terpaksalah Mak Aji tunggu hari minggu ini untuk dia selidik apa yang tidak kena dengan desktop kali ini.

Sebenarnya bukan tidak boleh blogging dari laptop, tetapi al-maklumlah orang tua, mata sudah kureng, maka puas dengan desktop yang skrinnya besar berbanding laptop yang saiz skrinnya cenonet. Begitu jugalah dengan i-Pad, tidak puas mata tua ini!!

Rupa-rupanya ada pihak yang seronok bila Mak Aji tidak menghadap desktop - Pak Aji! Dia mahu Mak Aji menghadap dia sahaja sehari suntuk! Alahai, begitu pulak kehendaknya ya!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...