As-salam.
Dalam seminggu ini dan seminggu lagi Mak Aji ditemani cucu-cucu yang berusia 3 dan 5 tahun (anak Along). Riuh rendah rumah kami dengan kehadiran mereka. Semasa kami balik kampung tempoh hari, setelah kami seharian dalam perjalanan ke Kota Bharu, keesokannya kami masih belum hilang letih. Mak Aji dan Along mahukan rehat tetapi agak sukar sebab mereka berdua masih cergas dan tidak mahu tidur. Mak Aji terfikirkan suatu game - Tutup Mata, Tutup Mulut. Sesiapa yang paling lama boleh tutup mulut dan tutup mata, maka dialah johan.
Percaya atau tidak, dalam masa beberapa minit suasana bertukar aman, senyap sunyi sebab kedua-duanya memang tutup mata dan tutup mulut dek kerana mahukan menang game tersebut!!
Menahan gelak apabila tutup mata dan mulut! |
Untuk anda yang mahukan suasana aman buat seketika, cubalah game ini!! He he he!!
2 comments:
kak, saya pun biasa main game tutup mulut ni dengan anak buah saya bila diorg bising sangat. heheheheee...tak sangka ada org lain main jugak.heheheheh...
Oh ya ke! Rupa-rupanya dah ada org lain cipta game ni ya!! he he. Punyalah dia org suka, kan!
Post a Comment