Followers

Sunday 29 December 2013

Ziarah ke Baitul Maqdis - 5

As-salam.

14 Disember 2013

Salji tidak lagi turun tetapi salji sedia ada masih tebal dan semakin mengeras. Ini menyebabkan jalan licin sehinggakan kami tergelincir beberapa tetapi alhamdulillah tidak sempat jatuh. Walaupun begitu ada beberapa orang daripada kami (yang berusia pula tu) yang tidak bernasib baik dan jatuh. Suhu juga masih dingin dan menggigit hingga ke tulang hitam. Kesejukan amat terasa ketika berjalan ke masjid sekitar hampir jam 4.00 pagi (teringat pula Mak Aji akan pengalaman ke masjid di waktu dinihari sebegini sewaktu berada di Madinah. Masjid Nabawi sekadar melintas jalan sahaja, namun cuaca sejuk - baru umpama cuaca musim luruh dan bukan seperti ini - pun sudah dirasakan cukup mencabar, apalagi seperti yang dialami di Masjidil Aqsa ini!) 

Usai solat Subuh pada pagi ini imam Masjidil Aqsa mengadakan tazkirah khusus untuk kami. Beliau membicarakan tentang Siti Mariam yang Allah swt pilih untuk dijaga oleh Nabi Yaakub a.s. Setiap kali Nabi Yaakub menjenguk Siti Mariam di tempat ibadahnya (mehrab Mariam), akan ada terhidang makanan yang di luar musim (makanan yang biasanya ada di musim panas ada pada musim sejuk, dan sebaliknya!). Apabila di tanya, inilah jawapannya - "Rezeki daripada Allah swt!"

Mehrab Mariam.
Keadaan jalan yang berais menyebabkan jalan ditutup dan bas tidak dapat datang untuk menjemput kami seperti biasa (sekitar jam 9.00 pagi). Lewat pagi barulah jalan dibuka dan kami dapat keluar dengan bas untuk program ziarah.

Kami berziarah ke makam Salman al-Farisi tidak jauh dari Baitul Maqdis, di sebuah kawasan berbukit. Jalan yang sempit serta berbukit dan keadaan jalan yang licin cukup menakutkan. Alhamdulillah pemandu bas cukup cekap mengendalikan bas.

Makam Salman al-Farisi.

Di luar bangunan makam.
Seterusnya kami berziarah ke makam Nabi Daud yang diselenggara oleh pihak Yahudi. Mereka menggelar Nabi Daud sebagai King David! Kalau di makam-makam lain lelaki dan perempuan tidak diasingkan tetapi di makam Nabi Daud kaum wanita dan lelaki diasingkan. Sebelum masuk ke ruang makam untuk pihak lelaki terdapat sudut seumpama gereja:

Ruang ziarah untuk wanita. Kami hanya dibenarkan berdoa sendirian dan
bukannya secara berkumpulan. 
Ruang ziarah untuk lelaki.
Semacam ruang gereja untuk Yahudi sebelum masuk ke ruang ziarah lelaki.
Pintu masuk ke makam Nabi Daud.
Destinasi kami seterusnya Bethlehem, tempat kelahiran Nabi Isa a.s.

Suasana meriah di sekitar town square kota Bethlehem. Persiapan sedang
dibuat untuk menyambut hari Natal! Nampak tidak pokok Krismas
merah itu?
Kami bersolat di Masjid Umar al-Khattab (seperti latar foto di bawah) yang letaknya bertentangan dengan Gereja Star of Nativity - itulah destinasi ziarah/hajinya (pilgrimage) orang Kristian ke kota Bethlehem ini! 

Mak Aji serta sepupu (dua dari kiri) serta rakan-rakan lain
yang turut serta dalam rombongan ini.
Mak Aji dan Yasmin (sepupu).
Pak Aji mahu sertai polis Palestinlah pulak!! Ini pondok polis di Bethlehem.
Sepanjang kami di Bethlehem kami terserempak dengan sekumpulan rombongan dari Indonesia. Berdasarkan cara dan gaya mereka berpakaian mereka, Mak Aji teka mereka datang untuk menziarah gereja Star of Nativity (buat hajilah tu!) - penganut Kristian!

Usai berziarah Bethlehem yang berada di bawah kawalan Palestin (pakaian seragam serta rupa mereka memang jelas ke'Palestinan'nya berbanding tentera Israel!) kami makan tengah hari di salah sebuah restorannya.

Selepas makan kami bergerak keluar kota Bethlehem dan semasa tiba di check point untuk keluar wilayah Palestin dan masuk semula ke wilayah Israel, Mak Aji sempat rakamkan tembok pemisah antara kedua-dua wilayah itu!:

Tembok yang setinggi sekitar 11 kaki!
Berikut pula pemandangan sekitar kawasan setelah keluar dari kota Bethlehem. Pemandangannya cukup indah dengan langit yang biru! (azure skies - never seen such  beautiful colours!) Masya-Allah cukup indah ciptaan-Mu! Lihatlah:






Kami selamat tiba di hotel agak lewat dan tidak berpeluang untuk berjemaah di masjid. Sebaliknya kami solat di bilik sahaja. Pancit!!



11 comments:

Kamsiah yusoff said...

langit biru bersih tak berawan...cantiknya kak..

mariahsj said...

Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat.

mariahsj said...

Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat.

Umm AA said...

Salam makji,
Bila baca surah maryam atau surah al imran selalu membayangkan keadaan maryam ketika itu..tmpt beliau dpt makanan dr langit..tempat mmbw diri ms ngandung nasi isa...untungnya makjidpt sampai ke Bethlehem tuh..alhamdulillah

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Masya-Allah, memang cantik!

Ummu Madihah said...

Salam Mariahsj,

Sama-sama. Alhamdulillah dapat berkongsi pengalaman!

Ummu Madihah said...

Salam Ummuaidan,

Alhamdulillah, banyak tempat ziarah membuat kita beroleh pengajaran dan peringatan serta kita dapat benar2 menghayati ayat2 dari al-Quran serta Sunnah Rasulullah saw!

Aida Salleh said...

Salam kak,

Kak, sebelum ni terus terang saya kata saya tak pernah terfikir nak menziarah tempat-tempat ni. Tapi bila baca catatan akak buat saya terus menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke sana. semoga Allah izinkan suatu hari nanti.

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Alhamdulillah bila dah terbuka hati, nanti boleh teruskan dengan ziarah pula!

QA's ~ mamapapa said...

alhamdulillah..beruntungnya mak aji dapat mnziarah makam2 nabi dan tokoh islam...dapat merasa salji lagi pulak tu :))

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Memang ziarah makam nabi serta tokoh Islam merupakan program utama kami. Itupun kami takde rezeki ke makam Nabi Ibrahin dek kerana jalan tutup sebab salji. Yang untungnya pulak dapat jumpa salji, tak payah pergi cari dah salji sebab dah merasa, walau hanya sekali, cukuplah tu, alhamdulillah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...