As-salam.
Beberapa hari lepas, cuaca agak panas di sebelah petang dan Mak Aji terfikir untuk membuat ABC sendiri di rumah menggunakan pengisar yang boleh menghancurkan ais. Oleh kerana kali ini tiada air yang dimasukkan ke dalam pengisar itu, maka hasilnya tidaklah seperti yang dihasilkan di kedai makan. Apapun, kalau setakat untuk menghilangkan rasa teringin akan ABC tanpa perlu keluar.
Mak Aji terjumpa buah kabung di Econsave, di Bandar Baru Sungai Buloh, lalu terus membeli kacang merah serta jagung dalam tin, dengan niat untuk membuat ABC.
Inilah hasilnya setelah dimaniskan oleh hanya sirap strawberi dan aiskrim:
ABC enjoyed at the veranda on a hot Sunday afternoon!! |
ABC satu!!!! |
2 comments:
pelan-pelan lama-lama terror lah, boleh buka warung tepi rumah
Salam Monie,
kalau nak buka warung kena beli mesin ais yg besar tu, yg main pusing2 ngan tangan atau yg eletrik tu! Baru dpt yg betul2 mcm salji tu. Pastu ais kena buat sendiri x leh yg kiub, x jadi!
Post a Comment