Followers

Sunday 19 August 2012

Raya Scare

Alhamdulillah sempurnalah ibadat puasa untuk tahun ini dan semoga puasa serta ibadah kita sepanjang bulan Ramadan diterima Allah SWT. 

Usai solat sunat Aidilfitri di masjid yang berdekatan, Mak Aji sekeluarga balik ke rumah. Memandangkan stok ais sudah amat kurang, maka Mak Aji menyuruh salah seorang anak ke kedai untuk menambah stok. Asyraf yang memilih untuk keluar dengan menunggang motor cucu saudara Pak Aji yang ditinggalkan di rumah sementara dia balik beraya di kampung. Mak Aji tidak tahu pada mulanya yang Asyfar yang keluar. Mak Aji mengharapkan salah seorang abangnya yang keluar dengan kereta. 

Selang beberapa minit Mak Aji mendapat panggilan telefon daripada deorang lelaki yang menyebut yang Asyraf jatuh motor! Dunia Mak Aji terus kelam - memikirkan kemungkinan yang paling teruk - masih hidup lagikah anakku?? Terus Mak Aji memberi telefon kepada Pak Aji. Dia pun terus keluar ke tempat kejadian dan meninggalkan Mak Aji yang masih terpinga-pinga kebingungan! 

Anak Mak Aji, Boy menanyakan sama ada Mak Aji mahu ke tempat kejadian atau tidak. Mak Aji capai tudung dan dengan dompet dan telefon bimbit terus keluar. Pak Aji menunggu kami di tepi jalan dan kami terus ke hospital dengan Asyraf di dalam keretanya. 

Mak Aji berjalan ke arah kereta - Asyraf duduk di belakang - masih hidup anakku Asyraf, alhamdulillah!! Kerusi roda diambil dan dengan badannya luka-luka, dia dibawa ke unit kecemasan. Alhamdulillah tiada tulang yang patah, cuma luka-luka di tangan, kaki serta badannya. Alhamdulillah dia memakai topi keledar sebab Mak Aji tengok calar-balar topinya akibat jatuh tersebut.

Semasa dia membelok di suatu selekoh, kemungkinan dia agak laju sedikit dan hilang kawalan motorsikal, lantas jatuh ke dalam longkang (nasib baik tidak ke jalan!!). Seorang good samaritan telah membantu menelefon Mak Aji (cuma nombor Mak Aji yang diingatnya!). 

Semasa menunggu rawatan Mak Aji usap-usap kepalanya untuk menenangkannya yang masih terkejut - pucat lesi mukanya (anak aku bau air longkang!! - hendak gelak pun ada kasihan pun ada - bau longkang bau longkanglah anakku ini, asalkan selamat!!).

Ini foto Asyraf sebelum lukanya dicuci:

Asraf luka di tangan, kaki, lutut, jari tangan dan kaki!
Sempat peace lagi!!

Janganlah sesiapa yang menerima nasib seperti kami (atau yang lebih buruk lagi!) pada hari yang bahagia ini. Tolonglah berhati-hati di jalan raya. Malang tidak berbau. Sesiapa sahaja boleh terlibat dengan kecelakaan, (bukan orang lain sahaja!) maka sentiasalah beringat-ingat!!


Catatan: Alhamdulillah Allah SWT masih memberi peluang kepada Asyraf untuk terus menikmati hidup dan beraya bersama-sama kami! Semoga kecelakaan ini sentiasa mengingatkan kita semua bahawa kita boleh pada bila-bila masa sahaja dipanggil balik kepada Pencipta kita dan yang memisahkan kita antara hidup dan mati hanyalah umpama tabir yang senipis kulit bawang - one minute you're here and the next minute, you're gone!! 



5 comments:

AsiahRSC said...

Alhamdulillah, selamat ...

Aida Salleh said...

Alhamdulillah...nasib baik asraf tak teruk.syukurlah.

Ummu Madihah said...

Alhamdulillah Siah, Da, setakat itu sahaja yang tercedera. Dia kata dia terbabas di selekoh dan menyeberang ke sebelah sana jalan terus masuk ke longkang (parit kut sebab berumput sahaja) bersama-sama dengan motornya sekali! Semoga kejadian tersebut boleh sedikit sebanyak menjadi kifarat dosa-dosanya yang banyak!!

MONIE said...

Alhamdulillah - syukur Asraf hanya mengalami cedera ringan, Allah beri kesempatan dan peluang kerana masih dapat bersama keluarga. Raya di Sg Buluh?

Ummu Madihah said...

Ya, raya kat sini je. X balik sbb lusa dah Hanif nikah, nak pastikan semua persediaan berjalan lancar, insya-Allah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...