Followers

Wednesday 15 August 2012

Curi Umur

As-salam.

Arwah mak Mak Aji pernah bercerita bahawa arwah abangnya dahulu sebenarnya lebih tua daripada usianya pada kad pengenalan. Ini kerana arwah atuk pernah curi umurnya beberapa tahun. Jadi arwah pak cik bekerja lebih lama, iaitu selama beberapa berbanding tarikh sebenar yang sepatutnya dia pencen! Jadi, itu bermakna pak cik sudah berusia beberapa tahun barulah namanya didaftarkan dengan pejabat pendaftaran. 

Curi umur ini sebenarnya banyak diamalkan oleh orang dahulu, mungkin sebab tiada peraturan (seperti yang ada sekarang) yang mewajibkan agar anak yang dilahirkan mesti didaftarkan selewat-lewatnya seminggu selepas lahir.

Bercakap fasal orang, Mak Aji sendiri pun dicuri umur oleh arwah ayah. Namun begitu, tidaklah lama, cuma sekitar sebulan sahaja. Sebab itulah Mak Aji ada dua tarikh lahir - yang sebenar dan yang rasmi! Kalau gunakan kedua-duanya dan dapat hadiah pada kedua-dua tarikh, kan bagus, he he!! (hadiah berganda). Tarikh sebenar akhir Ogos dan tarikh rasminya akhir September. Dengan ahli keluarga mereka dan Mak Aji sendiri lebih suka dengan tarikh sebenar.

Beberapa minggu lepas semasa Madihah ke JB ke rumah Along, Madihah ada membawa pulang hadiah untuk Mak Aji - supaya dihadiahkan pada hari lahir. Walaupun begitu, tukang beri hadiah tidak sabar menunggu harinya, jadi sudah diberi sebelum tarikh - whatever!  

Ini dia hadiahnya:

Hadiah daripada Along - syampu dan tonik rambut.

Sebenarnya Mak Aji ada sedikit masalah keguguran rambut dan Along sendiri pun pernah menghadapinya. Jadi, bahan rawatan yang pernah digunakannya (dengan jayanya) dihadiahkan pula kepada Mak Aji. Walaupun begitu, sebenarnya Mak Aji perlu membuat rawatan rambut agar rambut digalakkan agar tumbuh semula dengan sihat - cuma agak sukar mencari salun milik orang Islam yang membuat rawatan rambut, yang bukan Islam memang mudah dicari. 

Apapun, terima kasih banyak-banyak atas hadiah yang diberikan. Akan mama cuba dan diharapkan akan berhasil membuahkan respons yang positif!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...