Followers

Thursday 2 August 2012

Bazar Ramadan

Untuk pertama kali puasa ini Mak Aji ke bazar Ramadan di Subang Perdana petang ini. Sebenarnya Mak Aji ada urusan lain di Subang Bestari dan di bank cawangan Subang Perdana. Mak Aji dan Asyraf sampai sekitar jam 3.30 petang. Peniaga baru mula mengemas gerai untuk memulakan perniagaan. Anak Mak Aji menyebut - "macam kat Indon je." Apa tidaknya sebab hampir semua yang ada di situ warga sana! Di gerai buah pun nampak seperti taukenya Indon manakala pekerjanya Bangla! Mana orang kita ya?? Oh ya, yang tukang membelinya nanti, he he!!

Air kathira ada tak?? Rindu kathiralah pulak!! JB jauh sangat!
Kambing bakar anyone??
Lama tak pekena gearbox!

Tidak hairanlah SPRM sudah masuk ke bazar Ramadan! Ini kerana mereka ke sana untuk menyiasat penyelewengan dalam urusan lot berniaga bazar Ramadan!!  Entah apa-apalah!

Semasa kami beredar pulan kelihatan tiga orang pegawai/kakitangan jabatan kerajaan, dua lelaki dan seorang perempuan (memegang fail dan pen) - orang SPRM-kah mereka?? Atau dari Jabatan Kesihatan?? Wallahualam!

Sumber foto: Google Images



2 comments:

Aida Salleh said...

mesti kes org kita dapat tapak jual kat diorg ni kan? nak untung atas angin je lah tu. apa lah diorg ni.

Ummu Madihah said...

Itu yang akak fikir tu!! Orang macam ni memang kena senarai hitam untuk tahun depan!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...