Followers

Sunday 17 June 2012

Selamatkah Kita?

Sehari dua ini timbul pula kerisauan di hati dek kerana pelbagai cerita buruk yang kita dengar dalam berita. Kalau dahulu jarang kita dengar orang dibunuh, sekarang orang bukan sahaja dibunuh, malah dikerat-kerat, dibakar lagi!! Juga timbul kisah beberapa perempuan yang diculik, disamun dan dirogol semasa di tempat letak kereta pusat beli-belah! Siang-siang buta pulak tu! Ke manakah perginya nilai-nilai kemanusiaan?? 

Sekadar hiasan sahaja

Ada seorang kawan yang menghantar e-mel tentang kejadian seorang wanita yang memasuki tandas lantas menyangkut tas tangan dicangkuk pada belakang pintu tandas. Tiba-tiba tas tangan direntap dari atas pintu dan dibawa lari. Setelah itu, penyamun tersebut telah mendapatkan maklumat diri wanita itu lantas ke rumahnya dan rumahnya pula disamun!



Tidak lama dahulu Mak Aji terbaca suatu rencana tentang GPS. Jika anda memilikinya, awas kerana mungkin anda mengundang celaka jika anda kurang berhati-hati!. Anda tentunya memasukkan alamat rumah sebagai home pada GPS agar anda boleh pergi ke tempat yang anda ingin tujui dan kambali ke rumah tanpa sesat di jalanan. Sebenarnya anda tidak boleh memasukkan alamat rumah anda. Sebaliknya letakkan alamat lain seperti stesen minyak yang terdekat dari rumah anda. Ini kerana sekiranya pencuri masuk ke kereta anda, dia akan dapat mengesan rumah anda (apalagi jika anda bermurah hati dengan 'menghadiahkannya' kunci rumah sekali di dalam kereta!! Beraya sakanlah dia!).

GPS jangan sekali-kali ditinggalkan di dalam kereta
kecuali yang memang terpasang di kereta. 

Catatan: Sama-samalah kita sentiasa berhati-hati terutama sekali kaum wanita!

Sumber foto: Google images.

4 comments:

Sue Abd Aziz said...

Itulah keadaan di tempat kita sekarang. Memang tak selamat dan kita perlu ada rasa curiga kepada semua orang... takut sangat. Nasib baik saya memang tak ada GPS pun. Kalau nak pergi mana-mana, google dulu map... tak apalah kalau x ada GPS pun...hehehehh

Ummu Madihah said...

Skrg GPS pun sudah kurang popular sbb handphone pun ada fungsi tu. Pun ramai yg buat mcm Sue buat, tanya Pak Cik Google dulu kat mana, print peta, br pergi ke mana kita nak gi!

izla said...

saya pon risau skarang nak ke mana2..dah la saya ni jenis cuai sangat. selalu kene diingatkan berjaga2..

Ummu Madihah said...

Kita sama-samalah saling ingat mengingati dan berdoa agar insya-Allah selamat menguruskan urusan harian kita!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...