Followers

Thursday 14 June 2012

Dressing Down

Semenjak dua menjak menggunakan kenderaan awam untuk berulang alik pergi kursus di KL setiap pagi, banyak perkara yang terpaksa disesuaikan dengan keadaan tersebut. Salah satunya - dressing down. Kalau ke pejabat Mak Aji mengenakan full dress (macam full dress rehearsal pulak, he he!!). Maksudnya tu, pakai baju kurung, bersiaplah sedikit sebanyak. Dengan dressing down Mak Aji tanggalkan barang kemas, kecuali dua bentuk cincin sahaja (mengamalkan konsep minimalis di sini). 


Dressed up for work - sekadar hiasan.
From dressing up to dressing down.

Dari segi pakaian pula, apa sahaja asalkan selesa dengan cuaca panas yang kadang-kadang agak terik - Mak Aji banyak berjalan, maka banyaklah berpeluh. Dengan itu, banyaklah pakai baju kain kapas. 

Kalau di ofis Mak Aji agak visible sebab sudah agak senior dari segi usia dan pangkat, sekarang Mak Aji agak invisible (takes a lot of getting used to the new situation - bagus juga sebab bila pencen memang akan menjadi invisible pun!! Sekarang Mak Aji hanya melihat ramai orang yang 'tanpa wajah' - Mak Aji pun menjadi orang yang tanpa wajah. 

Mak Aji sebenarnya sudah biasa dress down, terutama sekali semasa memandu berseorangan berulang alik dari JB ke KL semasa bertugas di JB beberapa tahun lepas. Ini kerana demi keselamatan diri - you never want to be visible to negative elements!! Kalau boleh pakai seselekeh mungkin agar tiada siapa pun peduli, agar potential robbers or as such would not blink an eye at you!! 

Perkara ini memang amat penting (walaupun memang ada yang tidak sanggup hendak buat) apa lagi dalam situasi semasa yang banyak berlaku kes samun, rogol, bawa lari kereta dsbnya! Tiada gunanya melawa, memakai barang kemas berjurai, mempamerkan kemewahan tetapi pada hakikatnya membahayakan diri dan menjadikan manusia penjahat terliur untuk mendekati! 

Catatan: Yang bagusnya Mak Aji rasa bebas, tidak takut walaupun berjalan sendiri (waktu siang sahaja). Hati juga terdidik untuk zuhud sedikit, insya-Allah! - Pak Aji suka tu!



4 comments:

- dieyana - said...

ha, betul tu mak aji, diana pun suka konsep minimalis, kalau boleh sesimple mungkin...kalau boleh mahu sederhana dlm apa jua keadaan...suka! ;-)

Ummu Madihah said...

Ya, Dieyana, ayuh kita amalkannya. Kita tak mahu jadi pokok krismas! he he.

izla said...

saya ni mcm selalu dress down je..
gi ofis pon selekeh..
mentang2 keje technical..

Ummu Madihah said...

pada hakikatnya walau mcm mana dressing kita, kita tahu siapa kita, kita tahu nilai diri kita, kalau org pandang sebelah mata, so what, like i care?? Biasanya org yg mcm ni biasanya dress up bagai nak rak sbb nak cover line, sbb sekolah x tinggi mana. Bila dah smart semacam, mulalah berlagak mcm hebat sgt! Semenjak dua menjak ni ramai yg sebegini yg Mak Aji jumpa - kesian mrk ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...