Korsaj bermaksud gubahan bunga yang dipakai di dada atau di pergelangan tangan semasa majlis, terutamanya majlis perkahwinan (di Barat). Korsaj juga dalam budaya kita kadang-kadang dipakai oleh ahli keluarga pengantin dan juga penanggah semasa majlis kahwin.
Berikut beberapa contoh korsaj:
Berikut pula korsaj di pergelangan tangan (wrist corsage):
Setelah melihat orang lain punya, mari kila lihat hasil yang Mak Aji buat:
 |
Gubahan bunga pink. |
 |
Manis sekali apabila tersemat di dada pemakainya. |
 |
Single rose corsage dengan buah beri. |
 |
Gubahan ros dan orkid pada sekeping riben pengikat di pergelangan tangan. |
 |
Gubahan gerbera kuning dan juga orkid, juga untuk pergelangan tangan. |
Gubahan korsaj tangan yang pertama agak sukar kerana asasnya dawai manakala gubahan kedua agak lebih mudah kerana digamkan sahaja menggunakan gam bunga (floral adhesive).
Catatan: Untuk mereka yang mahukan yang ringkas dan mudah, boleh beli sahaja korsaj bunga kain di kedai bunga. Namun, yang asli tentunya lebih istimewa!
2 comments:
untuk office event, selalu kitorang beli siap je
kalau beli siap, pakai ambik je, kalau tempah boleh minta nak bunga apa, warna apa, besar mana!!
Post a Comment