Followers

Thursday, 31 May 2012

Bunga Tangan

Bunga tangan biasanya dipegang oleh pengantin perempuan semasa bergambar baik semasa merakamkan foto semasa majlis akad nikah mahupun semasa majlis kenduri berlangsung. Besar kemungkinan untuk tujuan memberi tambahan seri kepada pengantin, juga mungkin kerana pengantin terlalu gabra sehinggakan tidak tahu mana hendak diletakkan tangan, maka eloklah beri bunga agar boleh dipegang kemas-kemas supaya hilang gabra kerana menjadi tumpuan sebagai raja sehari! Itu teori Mak Ajilah, entah betul entah tidak!!

Rupa-rupanya bunga tangan (mengikut teorinya) bergantung pada baju pengantin - lebih panjang ekornya (untuk yang berekor!), lebih berjurailah bunga tangannya! 

Mari kita saksikan contoh bunga tangan dalam stok foto Mak Aji:

Bunga tangan ini Mak Aji tempah semasa anak buah
kahwin tempoh hari - bunga ros semata-mata.

Semasa menempah bunga tangan ini, Mak Aji tidak tahu tentang teori berjurai tadi, kalau tidak nescaya tempah yang berjurai sedikit! (majlis kahwin anak buah boleh dilihat di sini - http://ummumadihah898.blogspot.com/2012/01/majlis-kahwin-anak-buah-syaida.html ).

Berikut pula bunga tangan yang Mak Aji hasilkan sendiri: 

Bunga tangan siap.

Banyak persiapan rupa-rupanya perlu dibuat sebelum menyusun gubahan ini. Setiap kuntum bunga dan daunan perlu dipotong, direndam dengan air dan selepas itu diikat dawai. Setelah semua bahan siap disediakan barulah jambangan bunga tangan disusun. 

Memang agak rumit dan lambat menghasilkannya (bagi amatur) tetapi kalau sudah biasa menghasilkannya tentunya masa akan dikurangkan dan hasilnya jauh lebih baik. 

Berikut pula beberapa foto yang Mak Aji pilih dari laman web http://www.sosenflorist.com/  yang memaparkan dua jenis daripada banyak yang ditawarkan. Tentunya hasilnya jauh lebih baik, profesionallah katakan:
                                       
                                      

Mak Aji juga ingin kongsi bunga tangan yang dihasilkan oleh Maya Puri Creations yang boleh dicapai di sini:
http://www.facebook.com/maya.puri.creations

Gandingan ros merah dengan kuning cair serta limau nipis cukup menawan!



Wednesday, 30 May 2012

Idea untuk Hantaran

Mak Aji hendak berkongsi idea untuk hantaran kahwin. Kalau ada sedikit unsur yang kurang sesuai bolehlah kita ubah sana-sini ya:

Ini idea baik untuk toiletries/alat solek.
Mungkin beruang boleh diganti bunga ke??
Selain untuk orang sakit, bakul buah ini juga boleh dibuat hantaran berisi buah.
Mungkin boleh dilebihkan buah dan dikecilkan sedikit saiz bunganya??
        
Catatan: Kedua-dua gubahan ini disediakan oleh http://www.sosenflorist.com/store/. Sila layari laman ini untuk mendapatkan maklumat lanjut!


                                       

Table Garland

Kalau sebut garland Mak Aji teringatkan siri Fantasy Island yang bersiaran banyak tahun dahulu di TV. Mungkin orang-orang muda kurang ingat kut, sebab masih kecil ketika itu (nampak sangat otai Mak Aji ni!). Apapun Mak Aji nak cerita fasal garland yang dalam siri tersebut mereka pakaikan ke leher tetamu yang naik ke bot. Alah, macam tetamu yang sampai ke Hawaii itulah! Mari Mak Aji tunjuk pula garland yang dibuat untuk meja, ada sedikit berbeza dengan yang dipakai di leher. Saksikan!:


Table garland yang dihasilkan hari ini!

Rupa-rupanya banyak kerja persiapan yang terpaksa dibuat terlebih dahulu sebelum betul-betul mengikat bunga pada base wirenya! Mari kita lihat beberapa foto persiapannya:


Kena siapkan bunganya dahulu                            
Berpuluh kuntum yang disediakan!

Berikut persiapan daunannya pula:






Selepas itu barulah bunga dan daun diikat pada dawai utama seperti berikut:





Buatlah sehingga sepanjang dan  setepat saiz garland yang dikehendaki. Berikut pula gambar garland dari dekat:




Sebenarnya jenis bunga lain seperti daisy juga boleh digunakan untuk menghasilkan garland. Harga garland yang siap tentunya bergantung pada jenis bunga dan tentunya saiz dan kuantiti yang ditempah! Cewah, macam hendak terima tempahan pula, he he!! Mak Aji mengulang apa yang guru cakap sahaja!


Sendat Macam Sardin

Cuti sekolah sudah bermula. Kalau pada hari bekerja biasanya Mak Aji suka sebab kurang sedikit kereta di jalan sebab anak-anak sekolah tiada yang perlu dihantar ke sekolah. Pun ramai yang keluar dari KL sebab pergi bercuti ke kampunglah, ke Cameronlah, ke Langkawilah ..........  

Rupa-rupanya apabila kurang kereta di jalan semakin ramailah pula yang menggunakan kenderaan awam - tren komuter dan monorel yang Mak Aji gunakan tiap-tiap hari selama sebulan ini! Kalau sebelum cuti tidaklah perlu 'bergantungan', tetapi bila cuti kadang-kadang terpaksalah berbuat demikian (berdiri dan bergantung pada tempat pemegang di atas!). 

Alhamdulillah sekarang ada komuter yang agak boleh diharaplah sikit -
kalau lambat sesekali biasalah ya!!
Mantan PM 'bergantungan' - sesekali bolehlah, cuba naik hari-hari, tengok!! 
Cuba PM naik semasa waktu puncak atau waktu cuti sekolah begini!?

Catatan: Petang ini terpandang lagi aksi sepasang kekasih (Melayu pulak tu!!) beraksi mesra berlebih-lebih di hadapan orang ramai di stesen Sentral - menjadi bahan tontonan ramai termasuk kanak-kanak!! Hilang terus 'kemaluan' mereka!!

Sumber foto: Google images

Tuesday, 29 May 2012

Hand-tied Bouquet

Setelah mempelajari kaedah memberi nilai tambah kepada sekuntum bunga hidup dengan membungkusnya dengan rapi agar lebih cantik, Mak Aji beralih pula kepada jambangan bunga tangan. Ada dua jenis yang dipelajari iaitu jenis berlingkar (main terjemah agak-agak aja, tak rujuk mana2, he he!) (spiral) dan juga jenis leper (flat). 

Sebenarnya Mak Aji ada sedikit takut dengan bunga hidup sebab bunganya agak 'manja', mudah patah dan tidak tahan lama tetapi cukup cantik dan memberi makna yang lebih kepada penerimanya! 

Mak Aji bermula dengan bentuk spiral. Sebenarnya bentuk spiral bukanlah bentuk jambangan yang diperoleh tetapi kaedah menyusun batang bunganya secara spiral untuk menghasilkan jambangan berbentuk bulat atau separa bulat seperti yang Mak Aji siapkan ini: 

Spiral hand-tied bouquet!

Setelah berhempas pulas menghasilkan jambangan spiral, Mak Aji belajar pula flat hand-tied bouquet. Rasa macam tidak percaya yang Mak Aji berjaya menghasilkannya!! Seronok amat!:

Amacam, cantik tak??

Rupa-rupanya banyak langkah yang perlu dibuat untuk menghasilkannya. Antara yang menarik, perlu meletakkan kapas pada hujung batang bunga (macam mengapan orang matilah pulak! Memang itu yang terlintas di hati ketika itu!). Banyak lapis kena balut, kertas tisu kalis air sahaja tiga lapis, plastik lutsinar selapis. Padanlah harganya mahal apabila siap!!

Berikut pula jambangan yang dihasilkan oleh salah seorang pelajar yang mengambil kursus profesional (Mak Aji punya untuk amatur sahaja!). Lihatlah hasilnya yang memang kelihatan profesional!! Suka sangat, cukup menawan!

Mak Aji suka!


Monday, 28 May 2012

WWW 1 Bernilai RM520,000!

Rupa-rupanya ramai pihak yang membida nombor WWW 1 yang istimewa ini, termasuklah Yang Di Pertuan Agong sendiri (yang menang bida untuk nombor WWW 5)! Yang menang bida tersebut - Sultan Johor dengan nilai bidaan sebanyak RM520,000! Mengikut JPJ angka tersebut merupakan angka bida tertinggi setakat ini. 

Nombor kegilaan ramai!

Betapa banyaknya wang yang sanggup dibelanjakan untuk mendapatkan nombor tersebut! Kalau orang biasa-biasa seperti kita, sudah dapat rumah teres dua tingkat di kawasan yang agak bagus juga tu!!

Nombor plet yang tidak kurang menariknya.
Siapakah gerangan pemilik kereta ini? Sultan Azlankah??

Mak Aji ni bukanlah berduit banyak untuk membida jumlah wang yang besar untuk mendapatkan nombor cantik. Kalau setakat RM300 tu bolehlah, sekadar untuk mendapatkan nombor yang sama dengan nombor kereta-kereta kami yang lain, iaitu 7555. Pada Mak Aji itupun sudah cantik banget!! 

Sumber berita: The Star 28 Mei 2012.


Bulan Cantik

Kita sudah melangkah ke hari ketujuh bulan Rejab 1433. Begitu pantas waktu berlalu. Tidak lama lagi Ramadan akan menjelang! Kalau ada sesiapa yang belum langsai puasa, cepat-cepatlah langsaikan, nanti berganda pula jumlah hari yang perlu diganti!!

Beberapa malam lepas semasa Mak Aji keluar untuk makan malam, terpandang pula bulan sabit cantik, ini dia:

Bulan sabit indah bak senyuman yang menawan!!



Saturday, 26 May 2012

Pusat Rekreasi dan Restoran Antan Batura

Petang semalam, Pak Aji dan Mak Aji serta Baba Aziz serta isteri serta dua lagi anak murid Baba ke Antan Batura untuk makan tengah hari (makan petang sebenarnya sebab sudah agak petang). Tuan Haji Amir, pemilik restoran dan pusat rekreasi serta isteri, Ibu Dewi menjamu kami masakan kegemaran kami, ayam penyet,  pecal serta sup ekor dan juga sayur asem. Memang cukup menyelerakan sekali!: 




Sebelum makan, Mak Aji sempat mengambil foto sekitar tempat tersebut:


Ada bot kecil dan juga besar untuk dinaiki ke sekeliling tasik.
Butik kepunyaan Ibu Dewi di kawasan itu juga.
Juga ada kenu untuk disewa.
Kaunter juruwang.
Burung bangau migrasi (agaknya?) bertenggek di pokok berhadapan premis ini. 

Ibu Dewi akan pulang ke Surabaya kerana ada kerja-kerja katering yang baru diperoleh di sana. Jadi beliau akan pulang untuk beberapa bulan. Kami berkunjung untuk bertemu berliau sebelum beliau berangkat pulang. Sempat juga kami, 'tiga dara' merakam foto kenangan:


Ibu Dewi dan Mak Aji serta isteri Baba di belakang.
Manis sungguh Ibu Dewi, siap dengan budi pekerti yang cukup tinggi!


Friday, 25 May 2012

Laksa Kuah Kelantan

Pada hari minggu lepas Pak Aji mionta Mak Aji masakkan laksa kuah Kelantan sebab Pak Aji terjumpa laksa segera di kedai Mak Siti (pengusaha mi kuning Mak Siti) di Sungai Pelong, Sungai Buloh. Kalau hendak tengok kedainya ini fotonya:

Kedai Mak Siti

Kedainya tidaklah seberapa dari segi rupa tetapi Pak Aji suka berkunjung ke situ untuk mendapatkan pelbagai produk muslim seperti bebola ikan, kek ikan, mi kunimg, tauhu, fucuk dan sebagainya. Mak Aji pernah bertanya,  "Siti tu siapa?" Kata Mak Siti, tuan punya kedai, "Siti tu anak mak cik," lantas keluarlah nama Mak Siti!

Mak Aji pernah belajar jalan singkat untuk membuat kuah laksa, daripada sepupu Mak Aji yang sekarang berniaga pelbagai masakan Kelantan pasar malam di Seri Gombak. Untuk kuahnya ikan (yang sedapnya ikan sardin kerana rasa yang manis) direbus sahaja (macam rebus ikan biasa). Selepas itu keseluruhan ikan dari kepala hingga ke ekor dimasukkan ke dalam pengisar (blender), dimasukkan juga air rebusan ikan. Ikan yang dikisar terus sahaja ditapis dengan penapis dibawah: 

Penapis yang digunakan. Pastikan dibasuh bersih-bersih terlebih dahulu.

Menggunakan penapis ini, semua tulang ikan, insya-Allah akan terperangkap dan ikan tidak perlu diperisi dan ditumbuk - mudah dan pantas!!

Seorang tamu dari Thailand memberi petua ini kepada Mak Aji - jangan diletak lada hitam (cuma masukkan bawang merah dan sedikit halia sahaja) sebab kalau tidak, rasanya akan menjadi seperti kuah lemak putih (biasa orang Kelantan buat masak sayur).  

Maaf ya, foto laksa tiada - tidak sempat diambil foto, sudah ngapp baru teringat (dah lapar sangatlah tu!). 


Hilang Adab Sopan

Menggunakan pengangkutan awam memberi banyak pengalaman, ada yang elok dan tidak kurang juga yang tidak elok. Beberapa hari lepas semasa menaiki monorel dari Raja Chulan ke Sentral, Mak Aji terpandang sepasang kekasih yang baru menaikinya. Elok sahaja masuk, mereka berdiri (walaupun ada tempat duduk) lantas yang lelaki terus memeluk perempuan itu dan melentukkan kepalanya ke bahu perempuan itu dengan muka selambanya! Takut Mak Aji kalau dibuatnya perkara tidak senonoh yang selebih daripada itu untuk tontotan semua orang!! Sepasang Mat Salleh di sebelah Mak Aji pun perasan dan berbisik-bisik sesama sendiri apabila melihatkan kelakuan mereka! - buat malu orang Malaysia sahaja!!  

Foto sekadar hiasan.

Pada petang yang sama juga semasa Mak Aji menaiki komuter pula Mak Aji terpandang seorang gadis Melayu berblaus, berseluar panjang dan bertudung. Oleh kerana tiada tempat duduk, dia berdiri di hadapan Mak Aji. Tidak lama kemudian, dikeluarkannya botol minuman dan dengan tangan kiri memegang botol lalu terus minum sambil berdiri. Kalau minum berdiri rasanya bolehlah sedikit ampun sebab tiada tempat duduk tetapi kenapalah dipegang dengan tangan kiri?? 

Mak Aji pernah juga melihat seorang saudara terdekat menyuap makanan ke mulut anak kecilnya menggunakan tangan kiri!! Mak Aji cukup terkejut dan mengeluh sendiri!

Kalaulah orang tua Mak Aji, terutama sekali arwah ibu melihat situasi macam ini, tentu dia pun kesal sebab pada kebiasaannya perkara-perkara seperti ini bukannya diajar secara langsung kepada kita tetapi kita pelajari daripada suri teladan ibu bapa kita. Apabila sudah terbiasa dengan teladan yang sebegitu, dengan sendirinya terbentuklah adab pada diri kita. 

Mak Aji sebenarmnya tidak menyalahkan orang-orang muda dalam hal ini sebab dek kerana tidak diasuh dengan baik oleh ibu bapalah begini jadinya anak-anak kita sekarang!! Jadi, sebagai ibu bapa, sudah cukupkah asuhan dan didikan kita kepada anak-anak agar mereka besar nanti menjadi orang yang beradab dan yang lebih penting lagi berakhlak baik??

Sumber Foto: Google images


Thursday, 24 May 2012

Hadiah Pokok Hidup

Selain jambangan bunga, beary nice gift, pokok hidup juga boleh dijadikan hadian untuk mereka yang meminati pokok (yang kecillah, yang biasanya boleh dibela di dalam rumah, juga cantik kalau diletak dipejabat sebagai penyeri! Mari kita lihat dua cara untuk menghias pokok hidup untuk dijadikan hadiah:

Ini antara pokok hidup yang sering dijadikan hadiah, terutama
dalam kalangan masyarakat Cina (thus the red bows).
Bonsai ini juga elok sebagai hadiah - mahal oh!!

Pokok hidup boleh sama ada diletakkan sahaja di dalam beg yang pernah Mak Aji hasilkan sebelum ini, iaitu yang sedikit serupa dengan ini:

Beg ini pelbagai guna.

Apabila beg ini digunakan terus untuk meletak pokok, inilah rupanya:

Pakai boh sahaja!

Satu lagi cara ialah dengan membalutnya seperti juga bunga hidup, seperti ini:

Gubahan yang siap untuk pokok hidup.

Mak Aji sebenarnya kurang berpuas hati dengan yang ini, macam kureng aje! Insya-Allah akan cuba disempurnakan pada kesempatan lain.


Hadiah Bunga Nan Sekuntum

Sempena Hari Guru biasanya ibu-bapa yang anak-anak mereka masih bersekolah sibuk memilih hadiah untuk guru anak-anak mereka. Dalam banyak-banyak pilihan hadiah, ada yang memilih untuk membeli sekuntum bunga hidup untuk guru mereka. Mari kita lihat beberapa gubahan bunga sekuntum yang Mak Aji hasilkan yang sesuai untuk dijadikan hadiah untuk tujuan itu: 

Sekuntum bunga gerbera atau African daisy.
Sekuntum bunga ros kuning.
Ini pula bunga sekuntum tiga sekawan.

Untuk bunga sekumtum ini ada dua kaedah yang boleh digunakan, iaitu menggunakan poket seperti dalam foto pertama atau tanpa poket seperti dalam foto kedua. Kedua-duanya mudah dihasilkan dan hasilnya, lihatlah sendiri!!


Wednesday, 23 May 2012

Jambangan Coklat

Kita sering pening kepala apabila buntu menghasilkan gubahan coklat untuk hantaran. Mak Aji mendapat idea baru untuk membantu kita apabila menghadapi situasi ini. Malahan juga, gubahan coklat ini boleh dijadikan bunga tangan (hand bouquet) untuk pengantin! Mari kita saksikan foto berikut:

Jambangan bunga coklat!

Mari kita lihat langkah-langkah untuk menghasilkannya:


Mulanya di sini. Coklatnya jangan di'sula', nanti rosak!
Dapatkan posisinya. 
Berlapis-lapis balutnya!
Hampir siap, cuma belum dilapisi luarnya dengan kain net
 dan belum dikemaskan dengan riben.
Dah siap! Riben terlebih kelopak kata cikgu, kena kurangkan saiz riben
sesuai dengan saiz jambangan! Ya, cikgu!

Kalau untuk hand bouquet, kenalah lebih banyak coklatnya dan batang buluhnya perlu lebih panjang lagi!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...