Followers

Monday, 13 February 2012

Pelik Tetapi Benar: Ayam Jantan Bertelur!

Para saintis China sedang menyiasat suatu kejadian pelik yang melibatkan seekor ayam jantan yang mula bertelur apabila kesemua ayam betina disembelih dan dimakan tuannya.

Tuan punya ayam ini, Huang Li, 47 tahun, memelihara ayam jantan ini bersama-sama tujuh lagi ayam betina di sebuah ladang kecil di Kampung Chumiao, kota Mengcheng, daerah Anhui, di wilayah tengah China. Beliau berkata bahawa keluarga mula menyembelih ayam secara beransur-ansur semasa musim sejuk sehinggalah ayam jantan ini sahaja yang tinggal - dan beliau amat terkejut apabila mendapati terdapat telur di dalam reban pada keesokan harinya.

Inilah ayam jantan yang bertelur!
Beliau pada mulanya ingatkan bahawa jirannya yang cuba bergurau. Namun perkara yang sama berulang pada hari kedua dan ketiga. Berita tentang hal itu tersebar meluas apabila sebuah stesen TV membuat liputan. Ekoran daripada itu para saintis datang dan meminjam ayam jantan itu untuk melakukan kajian. Huang Li  berkata, "Mereka ingin menyiasat sama ada ayam jantan itu sebenarnya ayam betina yang menyerupai ayam jantan atau sama ada ayam itu berubah jantina selepas semua ayam betina hilang kerana disembelih. Apa yang saya tahu ayam ini memang berkokok nyaring untuk mengejutkan kami dari tidur dan ayam ini juga memang berkelakuan sebagai ayam jantan semasa bersama-sama dengan ayam betina."

Sumber: web.orange.co.uk
Diterbitkan pada: 12 Februari 2012


Catatan: Jangan ingat manusia sahaja boleh bertukar jantina, ayam pun!!

Keropok Lekor Istimewa


Rakyat Malaysia memang gemarkan keropok lekor yang dahulunya hanya diminati oleh rakyat Pantai Timur sahaja. Sekarang dengan munculnya keropok lekor istimewa yang ditambah dengan tongkat Ali, maka dipercayai bahawa keropok versi ini akan lebih diminati ramai! 

Pihak Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu sedang mengkaji versi yang baharu ini dan mereka menjangkan bahawa mereka akan bermula menjual keropok yang dipakej semula ini menjelang akhir tahun ini. 

"Kami bercadang untuk membina kilang khas untuk keropok versi baharu ini yang akan mengandungi bahan-bahan organik termasuk tongkat Ali," kata Ketua Pegawai Eksekutif yayasan tersebut. Mereka juga merancang untuk mengeluarkan keropok lekor berperisa lemon, strawberi dan lain-lain.

Rencana oleh: Farik Zolkepli 
Sumber berita dan foto: The Star, 8 Februari 2012

Catatan: Mak Aji rasa macam pelik saja kalau keropok lekor berperisa buah-buahan - hanyir ikan dengan manis??? Entahlah!!

Sunday, 12 February 2012

Pisang Rebus Asli

Tempoh hari pisang yang 'direbus' bukanlah sebenarnya pisang rebus sebab di masak di dalam ketuhar gelombang mikro. Pada pagi ini selain bersarapan nasi goreng Cina dan nuget ayam, Mak Aji rebus lagi pisang batu yang masak sepenuhnya. Ini baru pisang rebus sebenar! Berikut fotonya:

pisang rebus asli
Pisang ini direbus biasa sahaja dengan diletakkan sedikit garam agar pisang menjadi lemak. Terbukti pisang bukan sahaja lemak tetapi juga manis (manis buah) - memang sedap. Pak Aji komen - pisang  itu jauh lebih sihat daripada nasi goreng Cina dan nuget. Apa-apalah - memang cucu Mak Aji suka. 

Cucu Mak Aji, Imran, suka sangat makan pisang rebus. Itu tidak menghairankan sebab uminya kata dia boleh makan 4 biji pisang sekali hadap! Memang hantu pisang (macam juga uminya dan juga Tok Manya!). Serupa aja anak-beranak. 

Saturday, 11 February 2012

Trifel Cik Ning

Anak-anak Mak Aji memang sukakan trifel yang biasa dibuat oleh Cik Ning - dia memang pandai masak - kuih dan juga lauk, memang 'anak butir' arwah mak. Mak Aji pula agak kureng sikit minat ke dapur, lebih gemar mengemas (sedikit comot pun tak apa!).

Dalam pada sibuk menguruskan pertunangan Hanif, Cik Ning sempat melayan Madihah (sebab sekali-sekali balik bercuti) dan Boy yang memang teramat sukakan trifel, dicarinya masa dan digagahkan membuat trifel dengan bantuan Madihah. Inilah hasilnya: 

Lapisan pertama, swiss roll, lapisan kedua, bancuhan krim. 
Meletakkan lapisan bancuhan tepung jagung, gula, telur dan susu penuh krim
 (masak terlebih dahulu).
Buah pic yang dipotong-potong.
Trifel yang sudah siap!
Selesai majlis pertunangan, trifel yang sudah disejukkan menjadi rebutan, sudah sedikit lagi yang tinggal! Jazakallahu khairan Cik Ning kerana datang beratus batu untuk majlis dan juga untuk melayan tekak kami! 

Majlis Pertunangan Hanif



Hari ini anak Mak Aji yang keempat, Hanif, alhamdulillah  telah selamat melangsungkan pertunangan dengan Nadya, kawan sepengajiannya dahulu. Sekitar 25 orang anggota keluarga Mak Aji berkunjung ke Alam Damai untuk majlis tersebut. Berikut foto hantaran daripada pihak kami: 


cincin tunang
cincin dari dekat
sirih junjung
sirih dari dekat
kek pertunangan Hanif-Nadya
kain lace
lace dari dekat
kek cawan
kek cawan dari dekat
Semua hantaran direka oleh berduabridal.blogspot.com/ dan kek dihasilkan oleh littlecraftshop-puteri.blogspot.com/.

Berikut foto sekitar majlis:                
                                
hantaran

hantaran
Nadya                                 
Nadya
bersalaman dengan bakal menantu.
Zuraidah (Ibu Nadya), Nadya dan Mak Aji dengan Imran.
Madihah dan Along juga Imran.
Cik Ning dan Cik Na
ET, Cik Ning, Nadya, Cik Na dan Anis.
Cik Ani (Datin Rohani), Cik Ning, Nadya (Adi - di hadapan), Cik Na, Yanti, Cik Ya dan Yin.
bergambar kenangan
Alhamdulillah majlis selesai - seronok pasangan ini! 


Berikut pula hantaran daripada pihak Nadya: 

kek
baulu 
bakul candy kacang berisi gula-gula bola
buah anggur (sudah dicukai dalam perjalanan balik!) 
bunga rampai
sepasang kain baju Melayu dan samping 
sirih


Hantaran Pertunangan Hanif (the Making of...)

Mak Aji balik ke rumah awal pada hari Jumaat kerana urusan keluarga - membuat persiapan untuk pertunangan anak Mak Aji yang keempat, Hanif. Cik Ning dan suami sudah sampai dari Kota Bharu pada malam tadi. Pada hari ini adik-beradik lain dari Perak akan turun ke KL untuk majlis pada hari Sabtu. Anak Mak Aji yang dari Skudai pun turun ke KL. Jadi mereka akan berkampung di rumah. 

Selepas selesai makan malam, Mak Aji, Cik Ning serta dua anak perempuan Madihah dan Along ke rumah adik di Pandan untuk menyiapkan hantaran. Macam biasa Mak Aji sedikit tersesat kerana kurang biasa dengan kawasan tersebut. Sebaik sampai kami terus mula dan kami hanya selesai sekitar jam 2.30 pagi!! Elok sahaja selesai, kami terus angkut hantaran dan balik ke rumah.Kami tiba sekitar jam 3.30 pagi. Mak Aji hanya masuk tidur sekitar jam 4.00 pagi! Hanif bertunang sekali sahaja, insya-Allah! 

Berikut beberapa foto sekitar the making of... hantaran Hanif:

bakal digubah sirih pinang
tempat letak kek
Cik Ning sibuk menyucuk baby's breadth (bunga putih kecil). 
bunga ros dengan baby's breadth

menggubah sirih dengan bunga pinang dan lain-lain.
bekas untuk kek cawan
finishing touches ...
kain lace untuk nikah nanti.
   

Kiriman dari Kampung

Mak Aji berpesan kepada Cik Ning (Kak Long) supaya membawa akok berlauk ke KL bila dia datang nanti. Itulah yang dibawanya. Selain itu ada benda lain yang Mak Aji teringin nak makan tetapi belum sempat terpenuh - kek buah resepi arwah mak! Itu yang sempat dibuat dan dibawanya - teruja sungguh! Itulah kek yang pali digemari arwah ayah semasa hidupnya dan itulah yang sering dibuat oleh arwah mak.

akok berlauk

akok berlauk berinti korma ayam
kek buah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...