Followers

Wednesday, 25 January 2012

Majlis Kahwin Anak Buah (Syaida)

Berikut foto sekitar majlis perkahwinan anak Cik Ning pada hari raya Cina pertama:

bunga memenuhi ruang
persiapan di luar rumah
persiapan di dalam rumah
juga di luar
meja makan
macam di taman
dengan lampu mengerlip
di bilik pengantin
untuk akad nikah
ketibaan rombongan pengantin lelaki
mengaminkan doa selepas akad
solat sunat selepas sempurna akad
menunggu pengantin lelaki turun
menunggu di pelamin
batal air sembahyang
hadiah untuk isteri
keluarga pengantin perempuan
dengan ibu bapa pengantin perempuan
dengan kedua-dua ibu pengantin
tumpang sekaki
posing atas arahan jurugambar!
seri pengantin
mak dan mak saudara pengantin perempuan
potong kek
kek hasil tangan Bloomingcake.com
Berikut hantaran daripada pihak perempuan: 

jam tangan
anggur

coklat
sirih
al-Quran
kemeja
kemeja
kasut
set tali pinggang dan dompet
wangian
Berikut hantaran daripada pihak lelaki:

baju sepasang
tas tangan
jam tangan
wangian
kasut
sirih
baju sepasang
telekung
Berikut buah tangan untuk tetamu yang berkunjung:

tanda mata
Selesai sudah majlis, semoga pengantin berbahagia selalu!

Catatan: Semua persediaan perkahwinan (pelamin, meja makan, bilik) serta hantaran dihasilkan oleh Berdua Bridal. Sila ikuti pautan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Monday, 23 January 2012

Tongkat Berteknologi Tinggi

Adik Mak Aji yang mengalami kemalangan tempoh hari sudah semakin semboh, alhamdulillah dan sekarang sudah boleh berjalan menggunakan satu tongkat. Mak Aji cukup lega dengan perkembangan tersebut.

Apa yang Mak Aji hendak kongsi pada hari ini - tongkat yang adik gunakan sekarang. Sebenarnya Mak Aji belum pernah terjumpa tongkat seumpama itu. Harganya tidak sampai pun RM50 tetapi tongkat selain begitu ringan, dilengkapkan dengan beberapa ciri menarik. Bahagian atasnya dilengkapkan dengan lampu suluh dan kompas dan bahagian bawahnya dilengkapkan ceper agar tongkat tidak tenggelam di dalam pasir. Tongkat juga boleh diubah suai penjangnya mengikut ketinggian penggunanya! Mak Aji rasa elok kalau dibuat hadiah untuk orang tua kita yang menggunakan tongkat.Ini fotonya:

tongkat
kompas di sebelah atas dan lampu suluh di kanan
adik sempat bergambar semasa fitting baju
adik, tuan punya tongkat
Catatan tambahan: Tongkat ini juga memang ringan berbanding tongkat lain, juga mempunyai sistem suspensi untuk menyerap hentakan! Oh ya, juga ada dalam pelbagai warna yang menarik!

Hai, nampak gaya jadi wakil pengedar tunggal di KL nih!

Kenduri Kahwin Dua Hari Berturut-turut

Mak Aji berada di kampung sekarang kerana hadir perkahwinan anak buah, satu-satunya anak perempuan Kak Long kami, Cik Ning. Perkahwinan cukup meriah dengan dihadiri kaum keluarga dan sanak-saudara dari jauh dan dekat - peluang terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami.

Mak Aji menggunakan iPad untuk membuat entri ini, makanya foto belum boleh dimuat naik seperti biasa. Rumah umpama taman dek dekorasi yang dibuat khusus, atau lebih tepat di bawa khas oleh adik Mak Aji dari KL (Berdua Bridal). Mak Aji dan kami adik-beradik sudah mula nak demam kerana kepenatan.

Esok pagi akan berlangsung lagi satu perkahwinan,adik pula, juga akan diadakan di rumah Cik Ning, dua hari berturut-turut!! Lagi satu pusingan esok pagi sampai petang, harap-harap kuranglah kerja sebab yang penat-penat sudah diselesaikan sebelum itu.

Thursday, 19 January 2012

Pernah 'Minum Teh'?

Mak Aji rasa semua orang minum teh, kecuali mereka yang mempunyai masalah ekoran minum teh - angin ke, sembelit ke atau yang sebagainya. Sebenarnya 'minum teh' yang dimaksudkan di sini merujuk majlis minum teh yang pernah diamalkan oleh masyarakat dahulu (Pak Aji memaklumkan bahawa majlis ini pernah dia hadiri semasa kecil dahulu) di kawasan kampung (di bandar, wallahualam?).

Jemputan untuk 'minum teh' akan dibuat oleh keluarga yang berhajat untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada masyarakat kampungnya untuk tujuan seperti menghantar anak masuk ke universiti, setelah mendapat kecelakaan atau bencana dan sebagainya. Majlis ini menjadi bukti yang jelas tentang betapa eratnya hubungan antara anggota masyarakat kampung dan tentang wujudnya amalan saling bantu-membantu antara mereka.

Macam nilah kut 'minum teh' tu
Pada hari majlis, tetamu akan dijamu teh dan kuih-kuih ringan. Selepas minum tetamu akan menghulurkan sumbangan ke dalam kotak yang disediakan terlebih dahulu oleh tuan rumah (semasa menjemput tuan rumah sudah menyatakan hajatnya).   

Mak Aji baru tahu tentang wujudnya majlis ini (Pak Aji kata sekarang sudah tiada lagi - setakat yang dia tahu) semasa berborak-borak dengan Pak Aji dalam perjalanan pulang dari Tanjung Karang tempoh hari. Memandangkan jarak antara rumah (di kampung) Mak Aji  dengan Pak Aji hanyalah sejauh 20 minit berkereta, namun amalan masyarakat terbukti berbeza! Mungkin sebab Mak Aji tinggal di kawasan bandar Pasir Puteh, Kelantan dan Pak Aji di sebuah kampung kecil di Besut, Terengganu.

Mungkin keadaan masyarakat sekarang yang lebih berkemampuan serta kurang 'berhajat akan bantuan' atau mungkin juga agak kurang peduli/kurang prihatin (sikap engkau engkau, aku aku) yang menyebabkan terkuburnya amalan seperti ini.

Macam manalah agaknya masyarakat kita pada masa hadapan - agaknya banyak lagilah amalan kita pada hari ini bakal hilang lenyap begitu sahaja!!

Sumber gambar: Google images

Wednesday, 18 January 2012

Ombak Rindu Raih RM10.09 Juta!!

Orang sibuk-sibuk dengan filem "Ombak Rindu," Mak Aji cuma mampu lihat trailernya sahaja. Nampak macam bagus filemnya, tambahan pula diadaptasi daripada novel (biasanya novelnya meletup dulu, lepas itu dibuat adaptasi, seperti juga Harry Potter dan yang lain, yang sewaktu dengannya). Mak Aji saja usik anak Mak Aji, Boy supaya muat turun cerita itu, rupanya memang boleh dibuat demikian dan dia sudah siap simpan dalam external hard-disk. Apa lagi, ada masa terluang Mak Aji layanlah filem itu - memang bagus ceritanya, memanglah patut meletup dan setakat ini katanya sudah mendapat kutipan RM10.09 juta!! Seperti yang disebut dalam The Star - tak perlu buat lakonan tak senonoh sebab filem jenis drama macam ini dapat raih kutipan jauh lebih banyak lagi!

Cukup lawa Maya bertudung!!

Fauziah Ashari - penulis novel

Pasangan hero dan heroin cukup kacak dan lawa, memang padanlah! Lakonan mereka memanglah tidak boleh dipertikaikan lagi, cuma satulah nak komen. Heroinnya asalnya seorang ustazah yang mengajar anak-anak di kampung mengaji - apa hallah pulak ustazah mengaji pelat sahaja bunyinya???  Begitu juga apabila Maya Karin membaca surah Yasin (bahagian awal) - memang sah pelat (walaupun suaranya memang merdu). 

Rasanya itu sahajalah yang agak 'kureng' sikit, yang lain memang bagus! Kalau ada yang belum tengok, tak hendak tengok ke? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...