As-salam.
Sedang Mak Aji berborak-borak dengan menantu, Mida (isteri Zhafran, anak Mak Aji nombor tiga, ibunya Mikhail), rupa-rupanya terdapat ramai dalam kalangan ahli keluarga juga sahabat yang menyambut hari jadi pada bulan Jun ini. Antaranya:
- isteri anak saudara Pak Aji, Etie pada 6 Jun,
- adik ipar Mak Aji, Ijon pada 7 Jun,
- Zhafran pada 11 Jun,
- Ibu Dewi (kawan baik Mak Aji dari Sidoarjo, Surabaya) pada 15 Jun,
- Mida pada 18 Jun,
- Pak Aji pada 19 Jun,
- besan kami (bapa Nadia, menantu Mak Aji) pada 20 Jun,
- anak buah Mak Aji, Amir Mukhlis pada 23 Jun dan
- mak tiri Mak Aji, Su pada 30 Jun!
Ramai, kan!
Apapun kami tiadalah membuat apa-apa sambutan istimewa, sekadar memberi ucapan sahaja. Malam tadi Mak Aji adalah membuat sebiji kek span pandan yang akan dicuba buat dekorasinya - teruja semacamlah pulak!! Nantikan ya!
![]() |
| Sumber foto: oaa-microsystem06.blogspot.com |
Salam ulang tahun semua yang tercatat di atas! Semoga Allah SWT memanjangkan usia kalian dalam rahmat-Nya serta beroleh limpahan rezeki-Nya!! Amin!














