Followers

Tuesday, 12 February 2013

Rombongan Meminang untuk Zhafran

As-salam.

Pada hari Isnin semalam keluarga kami ke Hutan Melintang, Perak untuk merisik cum meminang untuk anak bujang Mak Aji yang ketiga, Zhafran. 

Foto sekitar majlis kurang sempurna kerana Mak Aji terlibat secara langsung dalam majlis, mana sempat merakam foto?! Layanlah dahulu beberapa keping yang ada setakat ini. Berikut lima hantaran daripada pihak kami yang terdiri daripada sirih pinang, cincin merisik dan cincin pertunangan, kain lace sepasang (untuk majlis akad nikah nanti), kek coklat (terima kasih banyak-banyak Cik Ning) dan kek cawan (juga daripada Cik Ning).

Sirih pinang.

Cincin merisik dan cincin pertunangan.


Sepasang kain lace.
Kek coklat.
Kek cawan.


Berikut pula tujuh dulang hantaran balas daripada pihak mereka:


Sirih pinang.
Coklat.
Kek cawan.
Kek buah.
Manisan.
Biskut, tat nanas dan cip coklat.
Sepasang kain untuk baju Melayu.
Ini bakal menantu Mak Aji, Mida.
Deretan sepupu dan adik ipar Zhafran (Nadia).
Mak Aji, Mida, Cik Ning dan Cik Na.
Ibu Mida, Mida dan Mak Aji.
Nenek Mida di hujung kiri.

Insya-Allah akad nikah akan diadakan sekitar bulan Jun dan majlis kenduri selepas hari raya puasa nanti. Semoga hubungan silaturrahim akan kekal berpanjangan antara kedua-dua keluarga kami, insya-Allah!!

Catatan: Berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang memeriahkan dan menjayakan majlis ini. Penghargaan untuk Asyila, adik Mak Aji dari Berdua Bridal yang menyediakan hantaran bagi pihak kami! Syukran jazilan!

Saturday, 9 February 2013

Aiseh Man!!

As-salam.

Pada  malam tadi sebelum tidur, Mak Aji membuka aplikasi Waze di telefon bimbit dengan tujuan mencari jalan mengarah ke Teluk Intan sebab insya-Allah itulah tujuan kami pada hari Isnin ini. Niat kami, untuk menghantar rombongan meminang untuk anak ketiga Mak Aji, Zhafran. Insya-Allah persiapan sudah hampir selesai dan akan siap insya-Allah esok.

Dalam tercari-cari jalan ada seorang Wazer (pengguna aplikasi ini juga) yang kebetulan berada di sekitar kawasan rumah Mak Aji ada menegur (bila kita masuk, kita akan kelihatan pada telefon bimbit Wazer lain, kecuali jika kita tidak benarkan kehadiran kita  kelihatan), dan bertanyakan sama ada jalan sesak atau tidak. Mak Aji jawab yang Mak Aji tidak tahu sebab sebenarnya berada di rumah bukan di kereta. Setelah berchatting seminit dua, selepas itu ditanyanya - "married?" Punyalah terkejut badak dibuatnya, elok saja tanya pasal jalan sesak atau tidak, kita ucapkanlah selamat raya Cina dan semoga selamat dalam perjalanan, alih-alih ditanya dah kahwin? Mak ai, apa lagi Mak Aji punya terkejut lalu tutup terus aplikasi!!

Hendak tergelak pun ada juga. Rupa-rupanya ruang seperti ini boleh juga digunakan untuk memancing di darat ya?? Alahai dunia maya ini, orang sebelah sana tidak tahu yang orang yang sebelah sini berstatus nenek!! Kesian ya!

Bagi anda yang belum pernah menggunakan aplikasi ini mari Mak Aji tunjukkan sedikit foto tentangnya:

Pertamanya kita perlu muat naik aplikasi percuma ini.
Begini rupa aplikasi ini.


Boleh bantu kita kesan polis, kecelakaan, jalan sesak dsbnya!!

Begini rupa contoh peta laluan kita.

Sebelum ini Mak Aji menggunakan aplikasi Garmin yang dibeli dan dimuat naik ke telefon bimbit. Bila bertukar telefon, terpaksalah dicari aplikasi lain. Ada anak buah mencadangkan aplikasi ini (perlu ada talian internet). Mak Aji juga ada memuat naik Navitotal, satu lagi aplikasi untuk tujuan yang sama yang tidak memerlukan talian internet. 

Berbalik ke Waze, setakat ini Mak Aji rasa agak puas hatilah juga sebab kita boleh dengan mudah mengesan kehadiran polis (perangkap laju!), adanya kesesakan lalu lintas, ada kecelakaan jalan raya dan sebagainya! Yang bagusnya tentunya sebab aplikasi ini percuma. Jadi, bagi mereka yang belum ada, usah beli alat GPS, muat naik sahaja Waze!

 

Friday, 8 February 2013

Habis Cuti Maulid - Madihah dan Tetamu Pulang

As-salam.

Pada hari rabu lepas, Madihah, Nadia serta tetamu dari Surabaya kembali ke Surabaya. Diharapkan kunjungan mereka untuk pertama kali cukup menggembirakan. Diharapkan juga agar layanan kami yang tidak seberapa itu tidak mengecewakan mereka. Mak Aji sekeluarga memohon berbanyak-banyak maaf kiranya layanan kami kurang memuaskan hati!

Seperti biasa juga kami menghantar mereka untuk balik ke Surabaya pada petang rabu lepas:



Madihah dan Nadia, selamat menyambung pengajian, semoga beroleh kejayaan, insya-Allah!




Berurut di Masjid??

As-salam.

Pernahkah anda berurut di Masjid?? Untuk pengetahuan, anda boleh berbuat demikian di sebuah masjid di Ayer Keroh! Sementara anak Mak Aji, Madihah dan kawan serta tamu masuk ke Zoo Melaka, kami terus ke masjid tersebut. Usai solat, kami berehat di berandanya dan terpandang suatu sudut yang menempatkan beberapa buah kerusi urut. Apa lagi, kami terus mengambil peluang untuk merehatkan badan dan terus berurut!"

Sampai hendak terlena Pak Aji.
Aikk, tidur boleh senyum ker???
 Ini masjidnya, al-Alami.

Sumber foto: http://mymasjid.photo-digital.org/?p=204

Semalam di Teluk Danga

As-salam.

Semasa bertugas di JB beberapa tahun lalu Mak Aji pernah ke Teluk Danga hanya dua kali, sekali untuk menghadiri acara rasmi dan sekali lagi pada waktu malam, jalan-jalan bersama anak menantu. Semasa membawa tetamu ke JB, kami sempat berkunjung ke situ selepas makan malam di kawasan Stulang. Berikut beberapa foto Teluk Danga pada waktu malam:



Umpama kapal.
Jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.


Perahu ayun.
Merry-go-round.
Kali terakhir naik, bila turun terus migraine!
Lobster saiz gergasi!
Harap-harap tamu kami terhibur!



Dari Menara Taming Sari

As-salam.

Beberapa hari lepas kami berenam termasuk tamu dari Surabaya berjalan-jalan ke Melaka dan ke JB. Sesampai kami di Melaka, kami makan asam pedas (tentunya) tetapi kurang ngam sebab tempat biasa tidak dibuka pada waktu siang dan hanya dibuka pada waktu malam. Selepas makan kami ke Menara Taming Sari dan berikut foto yang dirakam dari atas menara:

















Perhatikan tiga buah beca tu!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...