Followers

Thursday, 5 January 2012

Gantung Periuk!

Pak Aji balik kampung lagi atas urusan keluarga dia - kena tinggal lagi! Takpa, takpa, takpa, let's look at the bright side of things, Mak Aji boleh buat program sendiri - MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!! 

Pertamanya, tidak perlu masak, makan ajalah apa-apa yang ada. Dengan kata lain, boleh gantung periuk!

Cantik tempat gantung periuk ni!

Kedua, acara bebas hari minggu ini - nak buat apa ya? Nak pergi mana ya? Cari pokok kat nurseri? Hmmmm!

Sumber fotohttp://www.marthastewart.com/274787/25-kitchen-organizers/@center/276989/organizing

Wednesday, 4 January 2012

Sayur Pedas Bayam dengan Lokan

Bila teringat lokan terasa nak makan bubur lambuk, namun dek kerana kekangan masa dan juga bahan yang sikit susah nak dapat terpaksa tukar menu. Pak Aji kata masak pedas sayur ajelah. Oklah, senang dan cepat masak, pakai rebus saja. Inilah dia lokan yang dibeli tempoh hari:

Lokan
Ini yang sudah direbus, kopek (ambil airnya sedikit):

Lokan dgn air rebusannya

Lokan sahaja
Ini yang kami makan malam ini, cukup ringkas, namun alhamdulillah cukup menyelerakan. Lokannya manis. Walaupun begitu, cukuplah makan sedikit sahaja, tahan nafsu,  nanti penyakit mudah menyinggah!!

Sayur pedas lokan, tenggiri dan tamban goreng, sambal belacan, buah anggur.

Bubur Lambuk

Tiba-tiba teringin hendak makan bubur lambuk. Bukan versi yang kita dapat percuma dari Masjid Kg. Baru pada bulan Ramadan tu. Ini bubur lambuk versi pantai timur punya, Kelantan dan Terengganu. Pahang Mak Aji kurang pasti mereka ada atau tidak bubur lambuk macam kami punya?? Kami sekeluarga memang suka. Kalau sekali masak memang satu periuk besar, macam nak buat kenduri, walhal untuk sekeluarga berlapan sahaja (itu zaman dulu-dulu masa anak masih sekolah lagi, ramai lelaki, tengah membesar, apa lagi, makan aja kerjanya) - macam  masak untuk 30 orang makan! Bukan apa, mengulang, asyik bertambah! Kenyang sekejap, teringat ceduk lagi, dan lagi dan lagi!

Semasa kami balik kampung tempoh hari, kami beli lokan. Bila sampai saja ke rumah, terus masuk freezer. Semalan Pak Aji keluarkan, rebus, keluarkan isinya dan simpan ke dalam peti ais balik, belum sempat dibuat apa-apa lagi.

Bubur lambuk kami macam sayur lemak putih versi Kelantan, dengan santan, taruh ikan sardin/kembung bakar (supaya wangi), kalau di tangan ada duri palas (tak berapa rajinlah tu), rebus aja (rebus sendiri, jangan yang dibeli, tak dibuang perut, tak boleh makan wei!), taruh lada hitam, bawang merah. Rencah yang biasa Mak Aji gunakan (selain ikan bakar yang dibuang tulang dan tumbuk), ialah lokan (macam wajib ada), udang kering, kalau ada udang hidup pun sedap. Satu lagi yang wajib ada pucuk midin (macam pucuk paku tetapi merah warnanya - ini pakai banyak, lagi banyak lagi sedap - manis).

Rupa bubur lambuk tak adalah 'cantik' tetapi rasanya, 'mabeles'!!

Rupa macam bubur ini! Cuma Mak Aji punya lebih midin dan kurang nasinya!
Amacam, nampak sedap kan?? Memang sedap!!

Tuesday, 3 January 2012

Masak Singgang dengan Ikan Masin dan Telur Dadar

Petang ini Mak Aji balik sedikit lambat berbanding biasa - ada sedikit urusan peribadi dengan kawan sepejabat. Bila sampai ke rumah jam sudah  melewati 6.00 ptg. Jenguk ke dapur, rupanya Pak Aji (sura rumah) masak lauk singgang ikan kembung, telur dadar dan ikan masin goreng. Ulam daun kesum dan kacang botol (segar dari ladang) pun ada. 

Bila diteliti betul-betul, singgangnya off-colour sikit, telur dadar cuma 'senipis kuku' nak hangus (belum ada bau hanguslah!). Ikan masin goreng, pass. Singgang rasa kurang asam, kurang masin, kuning sebab letak kunyit hidup (orang Besut masak singgang taruh kunyit, orang Kelantan tidak). Tukang masak hari ini orang Besut (that explains the colour). 

Makanan yang tersedia kami makan sajalah. Sedap tak sedap belakang kira. Kalau itulah rezeki malam ini, makan ajalah! Balik kerja tidak payah masak sudah cukup baik. Alhamdulillah! Orang alim cukup marah kalau kutuk makanan!! Astaghfirullahaladzhim!!!

Catatan: Tiada gambar kali ini sebab makanan kurang presentable. Oopss!! Maaf, maaf. 

Monday, 2 January 2012

Lamb Mandy al-Rawsha lagi!

Anak-anak balik sempena cuti dan Mak Aji agak kurang rajin hendak masuk ke dapur dek kerana letih berkebun dua hari berturut-turut. Agak lama tidak pekena nasi mandy al-Rawsha, jadi selepas solat Isyak kami terus ke Kg. Pandan - harap-harap kambingku masih ada! Alhamdulillah ada rezeki Mak Aji pada malam ini - kambing kegenaran masih ada! Restoran penuh dengan pengunjung, kebanyakannya berkeluarga dengan masing-masing ada anak-anak kecil - riuh rendah juga dibuatnya. 

Sebelum balik Mak Aji sempat ambil gambar restoran dari luar. Mungkin ada yang pernah ternampak restoran ini (di sebelah kiri) apabila memandu masuk ke arah Kg. Pandan di bulatan Kg. Pandan:

Bangunan ala kastil

Restoran Al-Rawsha
Reka bentuk bangunan restoran ala kota/kastil (castle) - bagai ternampak-nampak Rapunzel dari atas menara dengan rambut panjangnya!! 

Apabila melihatkan betapa ramai pengunjung, Mak Aji terbayang berapa banyak kutipan untuk sehari berniaga?? Kata Pak Aji taukehnya bapa saudara kawannya, Habib Mukammad. Apapun kami bayar macam juga orang lain. Oh ya, tiramisunya, mmmmm!! Sedap! Sementara menunggu nasi, Mak Aji pekena tiramisu kerana kelaparan. Alhamdulillah puaslah makan buat sementara waktu sementara datang lagi gesa untuk makan lagi!

Untuk makluman di pintu hadapan restoran terdapat kedai yang menjual pakaian, kebanyakannya jubah dari negara Arab, juga produk lain seperti minyak zaitun, buah zaitun jeruk, madu khawla dan lain-lain lagi. Mak Aji sempat bawa balik badam panggang ini:

Badam panggang

Istana Negara

Sudahkah anda lihat Istana Negara pada waktu malam? Ini gambar yang diambil dalam perjalanan ke KL pada malam tadi:

Istana Negara
Ini merupakan istana baru yang reka bentuknya bercirikan Islam dan Melayu, terletak di kawasan seluas 96.52 hektar! Pembinaan istana ini juga pernah mencetuskan kontroversi kerana kos pembinaan yang jauh melebihi kos jangkaan awalnya. Apapun istana sekarang sudah menjadi kediaman rasmi DYMM Agong yang ke-14.

Sunday, 1 January 2012

Orang Minyak Mengganas!

Sekitar 10 hari yang lepas penduduk Kampung Laksamana, Gombak, digemparkan oleh kehadiran dua orang minyak (seorang botak, berbadan tinggi dan tegap serta seorang lagi rendah dan berambut keriting). Ramai penduduk yang telah terserempak dengan makhluk luar biasa ini yang dikatakan boleh melompat ke bumbung dan terus menghilangkan diri. 

Seperti dalam filem 'Sumpah Orang Minyak' makhluk ini dikatakan menuntut ilmu hitam dan sebagai syarat untuk menyempurnakanya perlu merogol sebilangan anak dara. Jadi, mereka yang paling terkesan dengan kejadian ini ialah keluarga yang mempunyai anak dara. Orang minyak ini juga dikatakan berpakaian seluar dalam dan badannya berlumuran minyak.

Filem Sumpah Orang Minyak
Sebahagian besar masyarakat kampung tersebut memang mempercayai tentang orang minyak ini kerana ada sebilangan yang sudah terserempak dengannya. Walaupun begitu ada juga segelintir yang tidak mempercayainya.

Sebagai langkah keselamatan, orang-orang kampung telah melaksanakan langkah meronda sekitar kampung. Langkah ini agak menyukarkan mereka yang terpaksa mengorbankan masa tidur mereka dan pada masa yang masa perlu keluar bekerja pada esok harinya. Selain itu, laporan polis sudah dibuat selain berikhtiar menggunakan khidmat bomoh.  

Penduduk kampung yang selama ini jarang berkesempatan bertemu dan berkenal rapat sudah mula berhubung rapat dalam menangani masalah ini. Perbezaan fahaman politik (dalam suasana dekat dengan pilihanraya) juga semakin tidak terasa antara mereka. Agaknya itulah hikmah di sebalik kejadian ini!

Catatan: Awas mereka yang ada menyimpan anak dara di rumah!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...