Followers

Sunday, 14 September 2014

Oreo No-bake Cheese Cake

As-salam.

Mak Aji sekeluarga memang hantu keju - asal ada keju pasti menjadi kegemaran kami! Oleh sebab itulah Mak Aji sentiasa ada simpan stok keju yang disejuk beku. Biasanya jenis keju yang disimpan, mozarella dan cream cheese. Mozarella untuk bikin lasagna dan cream cheese untuk kek keju. 

Minggu lepas Mak Aji diminta oleh Boy untuk membuat kek keju Oreo yang tidak perlu dimasak, sekadar sejuk beku sahaja. Untuk jamuan ulang tahun rakan sepejabatnya, katanya. Ini yang Mak Aji hasilkan:

Bahagian tepi agak sumbing sebahagiannya kerana Boy lalukan pisau agar tidak
melekat pada acuannya (tidak melekat pun sebenarnya). 

Dari segi rasa alhamdulillah sedap katanya! Insya-Allah bolehlah dibikin lagi selepas ini. Kali ini Mak Aji perlu dapatkan 5 inch springform pan seperti yang disebut dalam resepi asal, agar keknya agak tinggi sampai ke birai acuannya! Mak Aji dapatkan resepinya di sini:




Cukup mudah untuk menghasilkannya. Rasanya cukup sedap sekali! Cubalah!



6 comments:

nurbijen said...

Salam mak Aji,
Kat rumah ni tak ramai penggemar cheese... Jadi jarang buat cheese cake walau saya suka sgt2.... Tapi tgk kek oreo mak aji ni, mula la rasa gatal tangan nak membaking jugak...

Nuraihana said...

Bulih la buat utk along n bakal cucu tokma nieh...tgk mcm sedap jer...

Aida Salleh said...

hilang terus diet kalau camni kak...huhuhuu...

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Versi yang ni kecik je Nur, guna springform saiz 5 inci je, dua tiga slice habislah - silap gaya sorang je boleh habiskan dalam 3/4 kali hadap! Mak Aji buat 2 kali ganda adunan yang ni sbb ramai. Nak kena carilah saiz yg kecik ni utk kami yg x ramai dah kat rmh ni.

Ummu Madihah said...

Salam Along,

Mama ingat masa gi hari tu nak buat ni utk budak2 tu tapi apakan daya mama dah demam nak buat macam mana! Lain kali boleh Along buat sendiri, mudah sangat ni.

Ummu Madihah said...

Salam Aida,

He he, sekali makan pastu puasa 3 hari berturut-turut!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...