Followers

Saturday, 26 April 2014

Pisang Goreng Berkeju

As-salam.

Kami sekeluarga biasa berkunjung ke sebuah gerai makan di Kuang, Sungai Buloh (dekat dengan rumah Mak Aji) yang dinamakan Cendol House. Sejak awal bulan April lalu Cendol House berpindah ke premis lain yang lebih selesa (sebelumnya sebahagiannya di bawah pokok dan sebahagian lagi berbumbung). 

Kami biasa menyinggah pada waktu petang untuk menikmati pisang goreng berkejunya (dipanggilnya goreng pisang cheese) bertemankan semangkuk cendol - alhamdulillah sedap!!

Pada petang ini Pak Aji memohon agar Mak Aji membuatnya sendiri untuk minum petang (asalnya untuk minum pagi tetapi dek kerana tepung beras habis, terpaksalah ditunda ke petang). Mari kita lihat:

Yang cair tu yang sedap tu!
Dapatlah sepinggan untuk minum petang kami, alhamdulillah!
Mak Aji hanya menggunakan dua biji pisang tanduk. Mak Aji goreng pisang macam biasa. Sebaik sahaja pisangnya masak dan diangkat, taburkan terus keju Parmigiano-Reggiano (sudah lama teringin hendak sebut nama penuh keju ini - seperti Giada di Food Network, he he!!) atau nama mudahnya keju Parmesan yang diparut sendiri) ke atas pisang goreng itu. Jangan lambat, nanti tiada keju yang cair!

Jom cuba!!



2 comments:

Acik Erna said...

Sedap ke mak aji..acik nampak ada orang jual..tapi tak beli pulak nak rasa

Ummu Madihah said...

Salam Acik Erna,

Alhamdulillah sedap, kami semua suka, lagi banyak cheese lagi sedap! Pertama kali Mak Aji jumpa ni di Surabaya, agaknya diimport dari seberanglah tu - mereka memang cukup kreatif dalam segala hal!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...