Followers

Friday 11 October 2013

Mabuk Beriani

As-salam.

Pagi semalam Mak Aji ke KL, mengekor Pak Aji untuk membeli rempah beriani di Plaza City One bersebelahan Semua House di Jalan Bunus. Insya-Allah kami akan bertolak balik beraya di kampung pada pagi esok, jadi rempah kami beli untuk kakak sulung Mak Aji, Cik Ning. Mak Aji ada menyebut pada dia yang kami ada memasak beriani menggunakan rempah itu dan rasanya sedap, jadi kami belikanlah untuk dia sekali. 

Kalaulah sebelum ini (zaman kerja dan ketika muda-muda dahulu), kalau ke Jalan TAR, tiada lainlah yang dicari selain kain baju, tudung dan yang sewaktu dengannya, maka kali ini lain pula halnya! Tujuan kami, rempah beriani! Sebenarnya kawan Pak Aji yang memaklumkan kepada Pak Aji akan hal ini. Kawannya kalau setiap kali ke KL (dari KB), dia akan membeli rempah beriani bernilai sekitar RM500! Dia bukan sedikit punya berani, banyak berani tu!!

Mahu lihat apa yang kami beli?:

Serba macam rempah ada, beriani ayam, kambing, daging,
yang siap pek elok-elok ada, yang dipek secara loose pun ada.
Mak dengan bapa sahaja yang tiada! 
Ini pula desert yang diberi percuma setelah banyak barang yang dibeli!

Berikut pula rempah beriani jenama Shan yang kami beli pada awalnya. Rupa-rupanya ada lagi jenama lain, juga keluaran Pakistan.  

Rempah beriani Shan yang terbukti memang sedap. Kami sudah mencubanya
beberapa kali!

Kalau anda teringin untuk mencuba rempah-rempah yang Mak Aji tunjuk tadi, kalau lapang singgahlah ke Plaza City One, sebelah Semua House dan masuk sampai ke belakang, ada satu kedai yang chockfull with pelbagai rempah seperti yang Mak Aji tunjuk (beras Basmathi yang panjang-panjang pun ada!). Apa lagi kalau anda hantu beriani, jom!!

Ini dia Plaza City One.
Sumber foto: www.streetdirectory.com.my



8 comments:

Anonymous said...

Salam Mah,menarik info ni..boleh cuba. I pernah masuk plaza tu tapi macam u kata la..beli tudung,kain,sampan...tak tau ada kedai rempah..Mari tukar selera kampung ke beriani.

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

I pun pertama kali pergi situ Mukhtar bawa. Kawan dia yang kenalkan. Kalau kat TV dok sebut garam masala ke apa2 masakan ala India tu, insya-Allah ada semualah. Nampak macam semua barang import dari Pakistan kat situ. Kat dalam tu bau rempah aje, wangi je!

kakmonie said...

Kawan saya syor rempaah SHAN utk beriyani - beli kat Mydin je. Selamat menjamu selera Pakistan/India. Saya tengah ketagih masakan Arab

shilamuin said...

saya hari ni masak beriani. Kami ni pun hantu beriani..tq will try the one recommended by Mak Aji

Ummu Madihah said...

Salam Shila,

Mak Aji perhati kalau guna Shan dan juga jenama lain selain National tu, kena baca betul2 arahan pada kotaknya, kadang2 kena tafsir juga apa maksud mereka sebab kadang2 penggunaan kata mereka agak mengelirukan. Mereka juga gunakan banyak minyak sapi, Mak Aji cuba kurangkan sebab takut terlalu berlemak. Ini yang kita kena budget2 ikut selera kita pula dan tidak ikut seratus peratus cara yang disyorkan. Selamat memberiani!!

Ummu Madihah said...

Salam Monie,

I ada juga beli rempah SHAN, dah buat dah, pun sedap juga! I terjumpa lagi satu resepi beriani menggunakan rempah campuran sendiri kat sini, boleh cuba buat ni:
http://aziejaya.blogspot.com/2012/03/yaa-ampuun-sedap-nyer-nasi-beriani.html

Nampak gaya macam sedap, teringin juga nak cuba versi ini pula!

Anonymous said...

As salam Mak Aji. Lepas baca your cerita, I terus pi beli dah kebetulan ada kat Jalan TAR. Banyaklah jugak beli untuk adik beradik. Seronok ye main dengan cucu!

Kawan lama, Koji

Ummu Madihah said...

Salam Ji,

Macam mana boleh muncul kat sini??? Alhamdulillah dapat berkongsi info, suka taukeh kedai tu! Itulah kerja sekarang. Keluar dari ofis, masuk ofis kat rumah pulak! Memang seronok! Ji bila lagi nak bercucu. Asiah dah besar panjang, tak lama lagilah tu ya!?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...