Followers

Saturday, 7 June 2014

Product Review: Tefal Actifry

As-salam.

Dalam usia meniti senja ini agak biasalah kalau kita memberikan lebih perhatian kepada kesihatan agar terjaga dengan baik dan kita berupaya menjalankan tugas harian tanpa menyusahkan orang lain - yang pentingnya ibadat dapat disempurnakan  (selama mendapat izin-Nya jua).

Yang menjadi keutamaan ialah apa yang kita makan - we are what we eat! Kalau boleh makan sahajalah apa yang boleh memberi manfaat dari segi kesihatan. Paling tidak pun cubalah cara memasak yang lebih menyihatkan - dari sinilah timbulnya idea untuk mendapatkan Tefal Actifry ini - agar kurang menggunakan minyak apabila menggoreng! 

Mak Aji pernah membeli deep-fryer lama dahulu tetapi jarang menggunakannya - cuma untuk menggoreng ayam goreng ala KFC dan juga french fries sahaja, juga sesekali menggoreng ayam untuk chicken chop. Yang Mak Aji kurang suka menggunakannya - minyak hampir sebotol digunakan untuk sekali goreng! Pun sebab wire mesh/jaring tempat letak ayam untuk menggoreng itu cukup susah untuk kita membasuhnya! Wire mesh pada deep-fryer lebih kurang sama dengan yang terdapat pada Philips Airfryer di bawah.

Mari kita lihatkan:


Philips Airfryer

Cuba lihat jaring/wire mesh itu.

Apabila membuat perbandingan antara Philips Airfryer dengan Tefal Actifry, maka Mak Aji pilih Tefal Actifry kerana tiada wire mesh ini dan agak mudah dicuci. Cuba lihat pula Tefal Actifry:


Tefal Actifry 1.2 litre - dari hadapan.
Dari sisi - ada ekor sikit.
Dari atas.
Simple operation with just an on/off and start switch!
Apabila dingangakan inilah rupanya.
Di tengah-tengahnya paddle yang boleh ditanggalkan agar mudah dicuci.
Paddle ini juga akan menggerakkan ayam/kentang yang digoreng agar
sekata masaknya.
Setakat hari ini Mak Aji sudah mencuba masak french fries dan juga ayam goreng yang disaluti breadcrumbs. Berikut hasinya:

Alhamdulillah terhasillah fries yang lebih 'sihat'!!
Ayam gorengnya pula kelihatannya ok tetapi sedikit kurang dari segi rasanya!

Menurut seorang kawan blogger (yang sekarang tidak lagi blogging tetapi bertukar ke Instagram sahaja) kalau ayam goreng salut tepun insya-Allah ok - nampak gaya kena berusaha lagi untuk mendapatkan hasil yang lebih baik lagi!

Beberapa hari lepas Mak Aji konon-kononnya ingin memanfaatkan Actifry untuk menggoreng karipap segera - hasilnya a big lumpy mess of pastry plus karipap filling!! Jadi janganlah cuba ya, Mak Aji sudah mencubanya dan hasilnya hancuss! Goreng sahajalah karipap segera itu dalam kuali biasa! 

Sekian sedikit pengalaman untuk anda (terutama adik Mak Aji, Cik Na) yang berkira-kira untuk membelinya! Semoga beroleh manfaat! 




8 comments:

Umm AA said...

salam makji
saya pun berminat & teringin jgk nak belinya..cuma dok pikir benda nie mahal sangat...selain dr alasan healthy, persoalan berbaloi ke tak tuh lah..berapa kerap kita menggoreng yg dpt cover cost yg beratus2 nie kan...& agak limited jugak kan function dier...jimat minyak tuh betullah tp kalau dibuat kiraan harga benda nie ngan belanja minyak ...rsnya talah untung sgt..
tp kalau bab yg healthy tuh lah yg saya dok pikir & setuju ngan makji..somehow masih jugak dok dlm kepala keinginan nak membeli nie..hehe

Juls Julie80 said...

Assalam mak aji..

Pnh tgk org kt fb beli tu..pastu jual blk..xde kegunaan sangat katanya..maybe cam faktor2 yg mak aji sebutkab tu kot..terhad penggunaannya..

nurbijen said...

Saya ada beli Philip Actifry. Tergoda punya pasal bila tgk kawan2 duk guna...
Ada juga kwn yg beli brand Tefal ni.. Tapi saya pilih philip sbb design dia yg lebih compact... Jimat sikit ruang kat dapur...
Tapi bos besar tapi bagi guna lagi... Guna nanti balik M'sia katanya.. Begitu juga dgn nasib kitchenaid saya.. Masuk dlm stor jugak.... Jeling2 manja jer kat kotak2 tu, nak guna tak boleh :(

nurbijen said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kakmonie said...

Lama dok berkenan tefal - dah berkira dgn Siti Ruzaiha nak beli. Di UK ada 1.5 liter - seorang rakan FB beritahu bolej dapat RM1200. Di sini hanya 1.2 liter

Elham said...

Hmmm...dah lama tak berkesempatan nak blogwalking,hari ni baca semua entri akak yg lps!!
Sy pun guna air frier ni,Phillips brand. For me, it really is the best kitchen app I ever own. Mmg guno sokmo...currypuffs are done perfectly well in mine and as for foodstuff yg totally fatfree like tofu,sy selalu sapu a layer of oil b4 frying and voila, they came out as good as pan fried,minus oil drippings from them.

Ummu Madihah said...

Salam Monie,

I beli online dengan harga RM730 je untuk 1.2 liter, boleh bayar ansur lagi! Amacam?? I beli ngan Aimi Eazy-Shop di FB.

Ummu Madihah said...

Salam Nor,

Lama betul tak dengar berita Nor!! Baru beberapa hari lepas akak dok terfikir2 pasal Nor yang lama menghilang! He he, qada ya! Yalah kalau air frier takde paddle, bolehlah buat goreng karipap segera, dengan Tefal ni hancuss, jadi one lumpy mess! Wah, boleh pakai Nor punya testimony utk melariskan Philips ni, he he!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...