Followers

Sunday, 22 June 2014

Alhamdulillah Kami Menjadi Tamu-Mu Lagi!

As-salam.

Syukur alhamdulillah Mak Aji, Pak Aji serta Firdaus, Madihah dan Asyraf berpeluang untuk menjadi tamu Allah SWT pada awal pagi esok! Mak Aji akan ke sana untuk kali kedua manakala Pak Aji untuk kali ketiga. Anak-anak kami pula menjadi tamu untuk pertama kalinya. Cukup teruja kami semua!

Setelah mendaftar beberapa bula lalu, kami dikejutkan oleh kemungkinan tidak dapat pergi ekoran had pengeluaran visa terhadap jemaah umrah dari seluruh dunia atas beberapa sebab. Terpinga-pinga kami berserta kecewa yang amat sangat! Kami dimaklumkan bahawa kami boleh sahaja membatalkan tempahan dan mereka akan membayar balik 100%. Beg-beg kosong serta buku panduan hajilumrah berderet di ruang tamu menunggu untuk dipulangkan. Walau bagaimanapun kami masih juga menghadiri kursus umrah. Pada hari kursus kami dimaklumkan bahawa semua permohonan visa untuk bulan Jun lulus tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah syukur ke hadrat-Mu ya Allah atas peluang yang cukup berharga ini!!

Menjelang petang ini semua beg sudah sedia dikemaskan. Selepas solat Isyak kami akan ke KLIA2 untuk berlepas ke Jeddah dengan AirAsiaX dengan pakej umrah anjuran Syarikat Andalusia. Dengan yang demikian, Mak Aji dengan rendah hati memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas segala apa yang terkata/tertulis yang mungkin mengguris hati sesiapa yang membacanya. Juga Mak Aji mohon agar anda mendoakan kami agar dipermudahkan segala urusan ibadah ini, amin!! 

Insya-Allah Mak Aji akan pulang pada 3 Julai malamnya dengan Firdaus dan Madihah manakala Pak Aji serta Asyraf akan berangkat terus ke Yaman - Asyraf akan menyambung pengajiannya di Dar Al-Mustafa di Tarim.

Kalau sempat dan sihat insya-Allah Mak Aji akan kembali bersiaran pada 4 Julai dengan kisah umrah pula! Until then adios, arrivederci, hasta la vista!!

2 comments:

Juls Julie80 said...

Assalam mak aji.. alhamdulillah rezeki murah mak aji sekeluarga dpt pergi wlupun isu visa tu..abg dan kak ipar saya pun sepatutnya pergi jgk awl bln 6 hari tu tp x jd disebabkan masalah visa tu.. bkn rezeki mereka..

Apa2pun..semoga mak aji sekeluarga dipermudahkan semua urusan ibadat..selamat pergi dan balik.. insyaallah..amin :)

Doakan saya dpt zuriat yer mak aji.. hehehe

Ummu Madihah said...

Waalaikumussalam Juls,

Alhamdulillah memang rezeki kami untuk bertamu ke sana. Alhamdulillah juga urusan kami dipermudahkan walau ada juga cabaran dari segi cuaca yang memang panas yang menjejaskan sedikit keadaan kesihatan kami. Sudah Mak Aji doakan untuk Juls, semoga diperkenan-Nya jua, amin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...