Followers

Thursday 19 June 2014

Daripada Berkaki Empat ke Berkaki Dua

As-salam.

Cucu Mak Aji si Aleesya sudah pandai berjalan pada usia 11 bulan - agak cepat juga berbanding anak-anak Mak Aji sendiri. Tergelak kami melihat telatahnya mendapat kaki - diukurnya rumah Mak Aji setakat mana yang mampu dia pergi - entah berapa kilometer sehari! Jalannya rupa umpama robot. Seperti orang mabuk todi pun ada juga, he he! Walaupun berjalan jatuh, digagahkan juga berjalan terus - syabas Aleesya!!


Catatan: Aleesya nampak terkejar-kejar berjalan apabila mendengar suara baby Mikhail memangil-manggil!

6 comments:

Kamsiah yusoff said...

jenuh la nanti ...semua benda nak dicapainya

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Memanglah, semua tempat dia jelajah, semua yang boleh dibuka dibukanya, yang boleh ditutup ditutupnya, siap tersepit jari bagai! Lasak bukan main, memanjat pun ya!

nurbijen said...

Ala frust pula tak boleh tgk video ni...
Private katanya... Nak juga tgk gaya Aleesya berjalan gaya robot tu Mak Aji...

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Mak Aji dah tukar setting private ke public. Harap OK. Dah lama tak upload apa2 sejak pertama kali buat dulu. Pun dah lupa apa ke bendanya yg pernah diupload dulu?

Umm AA said...

tahniah aleesya..comel jer terhingguk2 berjalan..kembar fiji nie barudok belajar bertatih..kalo dpt kaki jgknanti inshaallah tak tahulah camaner kan..:)

Ummu Madihah said...

Salam UAA,

Aleesya pun lama bertatih. Sejak mamanya beli trainer untuk jalan, cepat aje dia jalan - semacam kereta sorong bertayar yg dia boleh berpegang sambil tolak dan jalan! Kami pun terkejut juga. Alih2 jalan je tak nak henti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...