Followers

Thursday, 19 June 2014

Make Way for Mikhail Zahrin

As-salam.

Cucu Mak Aji nombor empat sudah mula Mak Aji jaga apabila ibunya mula bertugas pada pertengahan bulan Jun ini. Perkenalkan Mikhail Zahrin:

Mikhail sedang lena tidur semasa kami ke Sijangkang untuk memenuhi permintaan
anak dara untuk membeli keperluannya.
Berikut pula Mikhail semasa baru lahir:

Merah bibirnya bak delima merekah!
Jadi janganlah terkejut apabila mendengar tangisan dalam video Aleesya berjalan - itulah dia suara Mikhail! Tokma sibuk ambil video Aleesya, Mikhail pula yang memangil-manggil untuk dilayan! Sibuk Tokma sekarang sejak ada dua handbag!!





2 comments:

nurbijen said...

Mmg cantik bibir Mikhail...
Best nyer tgk dia tidur...

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Memang kerjanya tidur siang dan berjaga malam semasa dalam pantang. Sekarang malam berjaga siang pun takdelah tidur sangat juga. Dah pandai mengagah, ternganga-nganya mulut berborak dengan kita ni! Kalau tak pandang muka dia semasa memberi dia susu dan Mak Aji layan Aleesya, menangis dia - tak boleh divided attention - dah tau jeles dah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...