Followers

Thursday 5 June 2014

Berita Mengejutkan

As-salam.

Keluarga besar Mak Aji dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa sepupu Mak Aji yang melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian di Universiti Iskandariah, Mesir pada malam semalam. Daripada enam pelajar yang terbabit dalam kemalangan itu, dua orang tidak cedera apa-apa manakala seorang mengalami perdarahan dalaman, seorang patah rahang dan tangan manakala sepupu Mak Aji patah kedua-dua tangannya! Kasihan Siti Nurul Aisyah (kami kenali sebagai Tisya) yang cedera dan dirawat di hospital tanpa ibu bapa di sisi. Mak Aji dimaklumkan yang ibu bapanya akan berangkat ke sana esok. Kami di sini mendoakan kesemua mereka yang terlibat akan diberikan kesembuhan, amin!! 

Berita lanjut tentang kecelakaan itu boleh anda baca di sini:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cederatercampakketasik/Article/index_htmlhttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cederatercampakketasik/Article/index_html


2 comments:

Juls Julie80 said...

Innalillahhiwainnailaihirajiuun..

semoga mereka selamat & cepat sihat hendaknya..dan dijauhkan kita semua dari malapetaka..amin..

Ummu Madihah said...

Salam Juls,

Terima kasih kerana turut mendoakan kesemua mereka yang terlibat. Amin!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...