Followers

Wednesday, 28 May 2014

Pinjam Aleesya, Boleh??

As-salam.

Pagi semalam Pak Aji mengajak Mak Aji ke JB atas urusannya bertemu dengan kawannya, seorang ustaz dari Yaman yang mengajar di Perling. Kawannya ini juga sedang menyambung pelajaran peringkat PhD di Akademi Islam Universiti Malaya. 

Mak Aji mahu sahaja mengikut tetapi kalau bermalam agak susah sebab Mak Aji menjaga Aleesya sementara mamanya bekerja. Pak Aji menyuruh Mak Aji 'meminjam' Aleesya daripada mamanya hanya untuk semalam! Mak Aji memang tahu yang mamanya tidak akan mahu berenggang dengan Aleesya tetapi dek kerana desakan Pak Aji, Mak Aji ikut sahaja. Memang betul pun, mamanya tidak setuju!

Hanya seorang ibu sahaja akan faham akan hal ini. Perkara yang sama pernah Mak Aji alami semasa anak bongsu Mak Aji Asyraf masih kecil. Ketika itu bibik kami  terpaksa balik ke Indonesia kerana dia mendapat panggilan telefon daripada suaminya yang memaklumkan anak mereka sakit teruk. Pada malam terakhir di rumah, dia meminta agar Asyraf tidur dengannya (dia memang rapat dan sentiasa memanjakan Asyraf - sentiasa didukung denga kain selempang tu - jadi anak Indon, si Asyraf!). Mak Aji faham perasan dia tetapi tetapi Mak Aji tidak mampu untuk berbuat demikian, walaupun berada di bawah bumbung yang sama, apalagi kalau berjauhan! Tidak apa-apa Nadia, mama faham! Ingat senang eh, mahu main pinjam-pinjam anak orang??

Manalah mampu mamanya berpisah dengan budak comel ni!!!



4 comments:

Umm AA said...

salam makji,
heheh..sayang sungguh tokbah ngan cucu pompuannyer itu yer...sampai takmo berpisah..
itulah makji..anak kecik tambah lak masih menyusu manalah boleh berpisah kan..sy nie ngan aidan pun tak pernah berpisah sampai semalaman..kecuali ms dok spital branak dl..
gigi aleesya jarang cam gigi arissa jugak yg atasnya yer..heheh

Ummu Madihah said...

Salam UAA,

He he, semalam pun bila Tokbahnya nak keluar rumah melalak si Aleesya nak ikut! Dia tahu Tokbah kalau jalan bawa dia, suka dia berjalan sampai tertidur dalam kereta. Gigi Aleesya nampak jarang, besar pulak tu gigi kapaknya!

Anonymous said...

Alamak.. Masuk entri ke.. Hihihi.. Nak ikutkan nak je bagi tapi nanti menangis pulak nadia semalaman sebab dah biasa tidurkan dia hari2 dalam pelukan sebelum letak dia dalam baby cot.. Kadang2 tu sampai ke pagi tidur sekatil.. Hehehe *tekup muka sebab malu*

Nadia

Ummu Madihah said...

Salam Nadya,

He he, termasuk jadi entri ya! Dah tahu dah, mama faham, mama pun ibu juga! Mana boleh berenggang dengan anak kecil, yang sorang pulak tu! Tutup muka malu ya, cakkk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...