Followers

Thursday, 1 May 2014

Flying Will Never be the Same Again After MH370

As-salam.

Sejurus selepas tragedi penerbangan MH370 hilang entah ke mana Pak Aji berlepas ke Pontianak atas urusannya dengan kawan-kawannya. Terlebih dahulu mereka berempat menaiki pesawat MAS dari KLIA ke Kuching. Setelah bermalam di Kuching mereka berlepas ke Pontianak dengan MasWings. 

Semasa Mak Aji menguruskan pembelian tiket Pak Aji dan kawan-kawannya (tugas Mak Aji sekarang, tetap dan berpencen, sebagai PA Pak Ajilah, siapa lagi!) terbayang-bayang kelibat pesawat MAS - am I sending him off to God knows where and for all you know that will be the last I see him!! (apalagi dengan pesawat MAS juga!) 

Jelas sekali bukan setakat keluarga penumpang pesawat malang itu sahaja yang trauma, Mak Aji juga mengalami perkara yang sama! Apapun alhamdulillah Pak Aji selamat pergi dan balik.

Beberapa minggu lepas pula Mak Aji balik kampung berseorangan menaiki pesawat Malindo Air dari Subang. Pesawatnya kecil seperti juga Firefly dan pramugarinya memakai kebaya putih jarang dan berkain batik. Tiada langsung 'acara' berjualan makan minum seperti AirAsia. Kami cuma diberikan air mineral sahaja segelas! (better than nothing at all!)

Semasa sebelum berlepas Mak Aji meninjau-ninjau keliling dan memerhati muka-muka penumpang lain yang bakal menaiki pesawat bersama-sama Mak Aji - kalaulah apa-apa terjadi kepada pesawat kami, muka-muka inilah yang akan bakal mati bersama-sama Mak Aji! - sekali fikir seram juga tetapi itulah yang terlintas di benak Mak Aji!

Walaupun dikatakan bahawa pengangkutan udara merupakan pengangkutan yang paling selamat berbanding pengangkutan lain, namun kita akan sentiasa dibayangi oleh tragedi MH370 yang sehingga kini masih belum ada kesudahannya. Kebimbangan akan sentiasa dirasakan apabila menaiki pesawat. Hanya masa akan mengubat segalanya, insya-Allah!

Sekadar hiasan.
Sumber foto
wonderfulengineering.com



2 comments:

suka suka said...

Assalam Mak Aji.. hmm samalah kita... banyak2 beramal dalam flight..

Ummu Madihah said...

Waalaikumussalam Mar,

Itulah dia Mar, bukan kita org dewasa, budak2 pun trauma, kan! Betul tu, banyak2lah beramal dalam flight!! Segala macam doa naik kenderaan, ayat Kursi dan pelbagai ayat lagi yang menemani sepanjang penerbangan! Pun Syahadah juga tentunya - agar menjadi kalam akhir kalau apa2 terjadi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...