Followers

Saturday, 10 May 2014

Baju Apakah Ini??

As-salam.

Semasa menyinggah di Kuala Selangor tempoh hari, selain membeli baju Aleesya, Mak Aji juga ada membeli dua helai gaun comel yang saiznya memang kecil dan Aleesya pun tidak muat untuk memakainya. Lihatkan: 

Cantik bukan gaun ini?!
Apabila Pak Aji melihat apa yang Mak Aji beli ini katanya - "kecil sangat tu, Aleesya takkan muat!" Mak Aji gelak dan memberitahunya yang gaun ini sebenarnya kain lap tangan yang menyamar menjadi baju!!
Cukup kreatif sekali tukang jahitnya! Kalau anda pandai menjahit, bolehlah anda cuba ya!!




4 comments:

nurbijen said...

memang kreatif si tukang jahit.. tapi mcm sayang pula nak lap tangan kat gaun cantik tu..

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Memang pun, comey sangat sampaikan tak sampai hati nak buat lap tangan. Apapun Pak Aji sampai aje hati dia, dia dah selamat rasmikan dah!

Umm AA said...

kain lap tangan ker makji...heheh sikit punya comellah..hehehe..kalau tak tahu boleh tertukar tuh...:)

Ummu Madihah said...

Salam UAA,

Ya Yang, kain lap tangan tetapi dibikin seperti gaun yang cantik, lacenya pun cantik, seperti yang ada pada baju betul! Itu yang Pak Aji kata - kecik sangat utk Aleesya tu, he he! Dia pun tertipu juga!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...