As-salam.
Usai solat Subuh tadi Mak Aji menerima e-mel yang cukup menggembirakan daripada pihak pentadbiran Dar al-Mustafa, Tarim, Yaman. Permohonan anak bongsu Mak Aji, Asyraf untuk melanjutkan pelajaran ke sana diterima. Alhamdulillah syukur ya Allah kerana memperkenankan doa kami!
Insya-Allah Asyraf akan ke Yaman bersama-sama Pak Aji selepas kami selesai menunaikan ibadah umrah pada awal Julai nanti. Mak Aji, Boy dan Madihah akan pulang ke KL manakala Pak Aji dan Asyraf akan terus ke Yaman dari Jeddah.
Dar al-Mustafa |
Habib Umar |
6 comments:
Alhamdulillah Asyraf dapat timba ilmu kat yaman..dengar khabar nya kalau belajar bhs arab kat yaman pun paling baik kan...
semoga Asyraf nanti balik jadi ustaz yang bagus..inshaallah..
Salam UAA,
Dengarnya begitu jugalah. Insya-Allah itulah yang menjadi harapan kami, terutama sekali Pak Aji. Dah lama dia pujuk suruh ke Yaman, Asyraf je yang liat sebab jauh, susah sikit nak balik! Apapun Mak Aji reda aja (dalam hati Allah sahaja yang tahu!) walaupun terpaksa berpisah jauh.
Twin akan ke sana 26 Jun ni selama 40 hari (3 hari sebelum puasa). Balik 13 Syawal. Tanya Kasmha anak dia 3 org di Az-Zarah (utk pelajar perempuan - entah salah eja, anak dia ke sana semua kena ada org perkenalkan. Twin akan ke Surabaya Dis ini selama 3 tahun (masih dlm perancangan)
salah eja Kasmah. Kita sibuk tarawih 20 ke 8 ke? Di sana 100 rakaat tak bergaduh pun. Bulan puasa belajar kitab lepas asar, berbuka, tarawih serata masjid (berpindah2 masjid). Rehat lepas Dhuha ke Zuhur je
Salam Monie,
Twin ke sana untuk program daurah agaknya ya. Sy dimaklumkan kalau attend daurah, mereka boleh pilih terus untuk masuk Darul Mustafa setelah selesai daurah tu. Begitu juga dengan Az-Zahra. Twin ke Surabaya kat mana ya?? Asyraf akan mula di Darul Mustafa selepas raya ni. Guru kami dah lama sebut suruh Asyraf ke sana dia nak bawakan sekali dengan anak dia dulu tapi Asyraf tak mahu lagi. Guru pun dah meninggal dunia, jadi kami mohon sendiri secara on-line dengan surat recommendation daripada Madrasah Tazkiyyah di Subang Jaya. Dia kat sana sekarang dengan Pak Aji.
Salam Monie,
Memang itulah yang berlaku kat sana. Kita je dok sibuk gaduh pasal hal2 remeh yang tak berfaedah! Orang sana seibuk ambil peluang buat ibadah!!
Post a Comment