Followers

Tuesday, 27 December 2011

Tujuh Sunah Rasulullah s.a.w.

Mak Aji nak kongsi tujuh amalan sunah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita sehari-hari agar sedikit sebanyak dapat kita mendekatkan diri kepada-Nya: 

1. Solat tahajud -   Kemuliaan seseorang mukmin dikatakan terletak pada tahajudnya. Mengamalkannya akan mendekatkan kita kepada-Nya dan mudah-mudahan dengan itu, doa kita akan lebih mudah makbul.


2. Membaca al-Quran sebelum matahari terbit - Sebelum kita keluar dari rumah pagi-pagi, eloklah jika kita dapar menatap al-Quran dan membacanya dengan pemahaman. Jika tidak berkesempatan, bacalah sekurang-kurangnya 3 Qul atau ayat Kursi sebagai ganti.


3. Kunjungilah masjid terutama sekali untuk solat Subuh. Sebelum kaki melangkah ke mana-mana, eloklah kaki melangkah ke masjid terlebih dahulu, bukan atas panggilan muazin tetapi panggilan Allah s.w.t. untuk mencari orang yang beriman untuk mengimarahkan masjid.


4.  Solat Dhuda - Mereka yang menjaga solat Dhuha dijanjikan rezeki oleh Allah s.w.t.

5. Bersedekah setiap hari - Orang yang bersedekah akan selalu didoakan oleh malaikat dan Allah s.w.t. juga menjanjikan rezeki yang berlipat kali ganda untuk orang yang bersedekah. Bersedekah juga dikatakan dapat menyucikan harta dan juga dapat memberi kesembuhan daripada penyakit.


6. Jaga wudu secara terus-menerus kerana Allah s.w.t. menyayangi hamba-Nya yang kekal berwudu. Menurut Ali bin Abu Talib, " Orang yang berwudu akan senantiasa berasa dia selalu solat, walaupun dia bukannya sedang solat, dan dijaga oleh dua malaikat dengan dua doa, yakni agar dosanya diampuni dan agar sentiasa disayangi Allah s.w.t."   


7. Mengamalkan istighfar - Semoga dosa-dosa kita sentiasa diampunkan oleh Allah s.w.t. Zikir seperti ini juga amalan yang menjadi makanan rohani yang sangat penting untuk kesejahteraan spiritual kita. 


Mak Aji mengingatkan diri sendiri agar sebaik mungkin mengamalkan semua sunah yang diperturunkan. Semoga Allah s.w.t perkuatkan hati agar mampu menekuninya, insya-Allah!

2 comments:

- dieyana - said...

tq mak aji....

Ummu Madihah said...

Sama-sama. Marilah kita berazam utk cuba buat sedaya mungkin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...