Followers

Thursday, 8 December 2011

Pulut Pauh

Nama saja Mak Aji ini orang Kelate, tetapi belum pernah merasa pulut pauh (another confession - pun belum pernah naik keretapi seumur hidup - naik komuter tak aci kan??). Memang Mak Aji kena mengaku yang Mak Aji belum pernah merasa pulut pauh. Masa kecil di kampung arwah emak tidak pernah buat, maka begitulah hingga Mak Aji berhijrah ke KL pada usia semuda 20 tahun (macam tak percaya ya, Mak Aji pernah semuda itu?? I was young once and had broken a few hearts, mind you!).  

Berbalik ke cerita pulut pauh, malam tadi Boy, anak Mak Aji balik ke rumah sewanya di Kg. Baru (belajar di UniKL) untuk mengambil dokumen kawan dia, dan sambil itu dia membeli pulut pauh di sana untuk dibawa balik. Rasanya, oklah, boleh tahan, cuma agak lebih manis sedikit daripada yang Mak Aji suka. Ini rupanya:

Pulut pauh - yg dalam plastik, santan pekat
Mengikut orang Kg. Baru ni, ada saja segala jenis makanan yang sedap dari Kg. Baru. Agaknya yang tak ada dan tak boleh dibeli mak dengan bapa saja!!?? Hai, bukan main lagi orang Kg. Baru ni!

CATATAN: Harga sebungkus RM4.00 - pauh/mangganya separuh biji, agak lumayan juga!

2 comments:

Aida Salleh said...

sedapnya pulut pauh...saya penah makan kat kota bharu dulu tapi kat kl tak penah jumpa pulak. nak pi cariklah kat kg baru...

Ummu Madihah said...

Kat Kg. Baru pulut pauh dijual di Restoran Suraya, selepas pintu gerbang, selepas Nasi Lemak Antarabangsa (di kiri), sebelah kanan (sebelum flat Kg. Baru)! Bon apetit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...