Followers

Sunday, 25 December 2011

Mengeratkan Silaturrahim - Merisik

Orang beragama Kristian sibuk merayakan Hari Natal, kami sekeluarga tumpang sibuk dengan acara keluarga - merisik untuk anak yang keempat, Hanif. Kami ke Alam Damai, kawasan yang Mak Aji sebenarnya, walaupun berpuluh tahun tinggal di KL, amat tidak biasa (orang kata boleh jual, takut tak laku aje!). Rombongan kami berenam sahaja. Asalnya Hanif dan Boy tukang tunjuk rumah sahaja - akhirnya dijemput masuk sekali sebab datuk Nadia (bakal menantu) ingin mengenalinya. 

Pak Aji dengan Mak Aji ditemani Kak Long, iaitu Cik Ning dan Abg. Him (abang ipar - jurucakap pihak lelaki). Berbekalkan tiga hadiah berikut dan cincin merisik (serta cincin sebentuk untuk kakak sulung Nadia sebagai hadiah) kami membawa hajat kami:     

kek lobak merah yang dibuat oleh Sarah (Subang Bestari)
Apam polka-dot hasil tangan Aieyda
Kain sepasang 
Kami membawa buah tangan terdiri daripada kek lobak merah, kain untuk sepasang pakaian, dan apam polka-dot. Setelah perbincangan berjalan lancar dan selesai, kami diberi jamuan makan tehgah hari oleh keluarga mereka yang terdekat. Alhamdulillah murah rezeki kami dan berselera kami makan! Berikut gambar kunjungan kami:

Cik Ning, Nadia, Mak Aji dan Mak Nadia
Lagi sekali
Nadia dan Mak Aji
Atuk Nadia, bapa Nadia, bapa saudara Nadia, Abg Him dan Pak Aji
Insya-Allah berbesan kita nanti ya Zu!
Alhamdulillah selesailah satu bab, ada dua bab lagi yang bakal ditempuh, bertunang dan menikah yang masing-masingnya insya-Allah bulan Rabiulawal dan selepas Syawal nanti!

Terima kasih banyak-banyak Abang Him dan CikNing yang sanggup turun ke KL dari Kota Bharu untuk menjayakan acara pada hari ini. Penghargaan juga ditujukan kepada Nadia sekeluarga kerana menerima kunjungan dan menerima baik hajat kami. Semoga hubungan kekeluargaan akan semakin erat insya-Allah!

Kalau mereka yang minat dengan Lisa Suruhani dan juga Yusry sibuk membincangkan hari bahagia mereka yang tentunya akan disambut meriah, Mak Aji tentunya akan mengadakan majlis yang serba sederhana yang akan bakal dihadiri keluarga terdekat, kawan rapat dan jiran sahaja - very small and private affair - lagipun, insya-Allah ketika itu Mak Aji sudah berpencen, duit pun sudah tarak, tinggal serdak aja, maka begitulah majlisnya nanti!! Walaupun begitu, diharapkan meriah juga, insya-Allah!!

10 comments:

AsiahRSC said...

Untuk siapa ni Shimah?

Ummu Madihah said...

Untuk Hanif!! Langkah Boy ngan Zhafran!

AsiahRSC said...

Wah, wah ...

Ummu Madihah said...

Besan - seorang pipih, seorang bulat!!

- dieyana - said...

besannya sama cantik! ^__^

selamat bermenantu mak aji! ;-)

AsiahRSC said...

MAna ada bulat...dua dua cun you ...

AsiahRSC said...

Besan you dengan menantu you macam adik beradik jer ... awet muda betul besan you

Ummu Madihah said...

Terima kasih. Janganlah Dieyana, Siah, nanti Mak Aji perasan pulak!! Memang dia awet muda, anak-anak dara dia macam adik-adik saja!! Badan slimelim, lagilah!

Aida Salleh said...

Tahniah kak shima.
betullah kak, besan akak awet muda.sama cun dengan anak ngan sama cun ngan besan gak :-)
Menantu akak tu sekali pandang cam along. :-)
Tahniah sekali lagi kak.

Ummu Madihah said...

Terima kasih Aida. Jangan balik rumah tak mandi hari ni sudah!! U bukan org pertama kata dia ada rupa Along!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...