Followers

Wednesday, 21 December 2011

Imbas Kembali Peristiwa Pelarian Vietnam

Semasa Mak Aji di 'Bali' tempoh hari, keadaan pantai agak lengang kerana hampir tiada pengunjung - orang yang berjual satar di tepi pantai lebih ramai daripada pengunjung yang datang! Apa tidaknya ombak cukup besar, adalah sekitar melebihi ketinggian Mak Aji yang sekadar 5 kaki lebih sedikit ni!!

Menakutkan!
Bunyi cukup kuat bagai mengaum!
Bukan musim yang sesuai untuk mandi-manda.
Jalan-jalan tepi pantai sahajalah.
Melihatkan ombak besar kecut perut Mak Aji dan ketika itu juga Mak Aji terkenangkan peristiwa bot Vietnam yang karam di tempat yang sama sekitar tahun 1977 (semasa Mak Aji muda remaja - si manis 17 ketika itu!). Masih terbayang di mata seorang ibu yang mati lemas bersama-sama anaknya yang dipeluk erat. Kedua-duanya menjadi manga lemas bersama-sama berpuluh-puluh orang yang lain. Mayat-mayat tersebut disusun berderet di pantai. Kemudiannya mayat mereka diangkut dengan lori dan dikebumikan bersama-sama di dalam sebuah kubur besar di sebuah kampung di Semerak. 

Mak Aji rasa nasib Pantai Bisikan Bayu akan menyamai nasib Pantai Sabak juga - lama kelamaan akan hilang begitu sahaja jika tiada usaha untuk menyelamatkannya dengan cara membina benteng konkrit atau yang sepertinya!! 

Di pantai inilah tempat kami (zaman dulu-dulu) sekeluarga beriadah apabila hujung minggu. Mananya mampu hendak ke Bali, ke Medan macam budak-budak zaman sekarang. Satu lagi sebabnya, zaman dulu mana ada Air Asia?? Sekarang Everyone Can Fly! Then, almost nobody flew, except for only a few!!  

4 comments:

- dieyana - said...

besarnya ombak, mak aji! musim tengkujuh ni mmng tk sesuai mandi manda...(bukan musim tengkujuh pun saya memang takut dgn pantai! suka g pantai, tapi hanya di gigi air! seriau! )

oo, saya langsung tk tau pasal bot vietnam karam di situ (sejarah fail, heheh)

sama la, kecik2 dulu hujung minggu mak ayah bawa kami ke pantai cinta berahi ni...tapi tak mandi, tetap di gigi air, ^__^

Ummu Madihah said...

Dieyana penakut air rupanya! Mak Aji pun sama sebenarnya sebab pernah lemas, nasib baik sempat ditarik, kalau x dah tinggal arwah. Sbnrnya pantai ni dah byk makan org sbb pasir jerlus, lebih kurang dgn Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu. Jadi memang patut main tepi-tepi aja.

Nor ilham said...

Keluarga mertua saya di Sabak lah... white sandy beach is just a distant memory now, kalau nak tengok laut, kena panjat benteng batu yg sangat tinggi...so sad!!!

Ummu Madihah said...

Akak pun ada keluarga sebelah arwah ayah di pantai Sabak, pernah ke sana masa kecil2 dulu. Ya, memang sedih, how things change over the years!! Kalau itulah yang sudah ditentukan, apakan daya kita ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...