Followers

Sunday, 5 April 2015

Roti Boyku Gebus Gebas!!

As-salam.

Semalam anak jiran sebelah rumah meminta agar Mak Aji mengajarnya meroti. Hati agak berdebar sebab Mak Aji pun masih belajar sebenarnya. Masih banyak kekurangan pada diri ini untuk melangkah selangkah ke hadapan untuk mengajkar orang pula! Apapun dengan niat untuk berkongsi pengalaman dan bukanlah mengajar sebenarnya, maka Mak Aji memulakan sesi perkongsiaan sekitar jam 9 pagi semalam. Sekitar waktu Asar barulah selesai semua kerja!

Dalam banyak-banyak roti/ban yang dihasilkan, Mak Aji paling teruja hasil roti boy yang dihasilkan. Mak Aji biarkan sahaja foto berkata-kata kepada anda sekalian:

Tekstur ban cukup halus dan gebus - yang terbaik Mak Aji hasilkan setakat ini!
Ban di dalam cawan kertas bersaiz kecil pula.
Cantik pula setelah dibuat piping, kan!
Semerbak bau kopinya!! Satu rumah berbau roti boy!!
Time to dig in!! - soft and fluffy!
Cukup gembira sekali Mak Aji dengan hasilnya!

Percubaan menghasilkan roti boy/mexican bun untuk kali kedua ini menggunakan cawan kertas bersaiz sederhana kecil dengan timbangan berat doh 30gm sahaja. Apa yang membezakan tekstur roti yang jauh lebih bagus ini berbanding sebelum ini ialah bilangan ulian yang ditingkatkan kepada 4 kali (sebelum ini 3 pusingan sahaja). Mak Aji menggunakan fungsi program nombor 8 pada Bread Maker jenama Empress yang dijual oleh Cosway. Dohnya cukup licin serta elastik sekali! Jumlah masa ulian 14 minit kali empat = 56 minit. Jika ditambah masa untuk BM berehat di antara ulian, maka jumlah masa yang diperlukan lebih sejam! Masa untuk ban naik (proofing) juga lebih lama (3 jam!). Namun begitu, insya-Allah jika anda cukup sabar, maka anda akan berpuas hati dengan hasilnya yang sebegini gebu!!

Ingin cuba sendiri?? Mari Mak Aji kongsikan resepi asalnya:

RESEPI MEXICAN BUN (KR)

BAHAN A :

500gm tpg roti
20gm susu tepung
15 gm bread softener
10gm gm bread improver
80gm gula
10gm yis
100gm mentega
(Tambah **5gm GR Superbake)

BAHAN B :

210gm air sejuk + 4 ketul ais kiub. (anggaran)
1 biji telur

CARANYA :

Satukan bahan kering n gaul rata. Masukkan bahan2 yg lain.
Uli hingga sebati n elastik.
Bentukkan n biarkan doh hingga 2x ganda. Letak topping n bakar pada suhu 180’ api atas bawah selama 30 minit.

TOPPING

100 gm mentega, dilembutkan
80 gm gula aising, diayak
2 biji telur
1 sudu makan coffee emulco
100 gm tepung gandum

Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu.
Masukkan telur sedikit demi sedikit.
Masukkan coffee emulco
Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati.
Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Anda boleh gunakan resepi di atas jika anda menguli dengan tangan. 


Berikut pula resepi versi Mak Aji yang sedikit berbeza (Mak Aji gunakan resepi asas roti manis ini untuk semua jenis roti manis) dan jika anda menggunakan BM, sila rujuk resepi di bawah:

Tuangkan 210gm air sejuk (dari peti ais sahaja juga boleh)
Masukkan 500gm tepung roti
Masukkan 100gm gula kaster
Masukkan 80gm mentega
11gm yis (kering)
5gm GR Superbake

Tekan punat program 8 (untuk proses menguli sahaja).
Setelah selesai pusingan pertama rehatkan BM selama 10 minit. Mulakan lagi pusingan kedua sehinggalah selesai 4 pusingan (dengan rehat sekitar 10 minit antara ulian.

Siap sahaja pusingan 4, keluarkan doh dan lakukan proses rounding. Siap semua doh dibuat rounding, masukkan doh (yang Mak Aji buat ini 30gm) ke dalam cawan kertas. Biarkan doh naik (proofing) sehinggalah  doh naik 2/3 kali ganda saiz asal. 

Sementara menunggu doh naik, siapkan toppingnya:

TOPPING
100 gm mentega, dilembutkan
80 gm gula aising, diayak
2 biji telur
1 sudu makan coffee emulco
100 gm tepung gandum

Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu.
Masukkan telur sedikit demi sedikit.
Masukkan coffee emulco
Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati.
Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.


Apabila doh sudah naik, keluarkan topping dari dalam peti ais dan paipkan ke atas doh. Bakar pada suhu sekitar 180 darjah C (atau ikut kesesuaian ketuhar anda) selama sekitar 15-20 minit sehingga bewarna kuning keemasan!

Selamat mencuba!!


3 comments:

suka suka said...

Assalam Mak Aji... Teruja betul tengok topping yang baru dipaipkan tu..comel2 je pada pandangan mata ... hasilnya apa lagi... terima kasih atas perkongsian resepi.. berdoa ni hi hi Ya Allah Ya Tuhanku bukakanlah hatiku untuk meroti... juga untuk mempunyai BM ha ha.. very inspiring ...

Ummu Madihah said...

Waalaikumussalam Mar,

He he, Mak Aji baca2 dan hembus2 kat Mar ya, agar semangat meroti berjangkit ke Mar pulak!! Jom, Mak Aji start from zero ni! Kakak sulung Mak Aji sebut - kalaulah arwah mak masih ada, tentu dia suka yg awk dah jadi macam ni - seronok dan sedih juga ada sebab arwah mak pandai masak, Mak Aji ni semasa dia ada memang hampeh masak! Meroti jauh sekali!

Blogger said...

If you're trying hard to lose weight then you certainly have to start following this totally brand new personalized keto meal plan diet.

To create this keto diet, licensed nutritionists, personal trainers, and top chefs united to develop keto meal plans that are effective, suitable, price-efficient, and delightful.

From their grand opening in 2019, hundreds of people have already completely transformed their body and well-being with the benefits a smart keto meal plan diet can provide.

Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover eight scientifically-proven ones given by the keto meal plan diet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...