As-salam.
Mak Aji dibesarkan dalam suasana arwah ayah seorang guru, beberapa orang adik-beradik juga guru, abang ipar serta adik ipar serta guru. Begitu juga ada bapa serta mak saudara yang menjadi guru. Mak Aji juga hampir beberapa kali untuk menjadi guru - masuk maktab perguruan tetapi keluar apabila mendapat tawaran masuk universiti. Habis belajar mohon untuk Diploma Pendidikan - hanya sempat belajar 2 daripada 6 bulan. Masuk bekerja pada tahun 1983. Pak Aji suruh buat Diploma Pendidikan lagi - silap tarikh temu duga pula! Pendek kata tiadalah rezeki Mak Aji sebagai guru!
Walaupun begitu pada hari semalam anak jiran minta Mak Aji mengajarnya meroti - maka Mak Aji menjadilah cikgu selama sehari!! Menjadi cikgu juga akhirnya ya!
Berikut antara roti yang kami hasilkan bersama-sama dengan menggunakan 1 setengah adunan doh (tepung 750gm):
|
Seloyang roti sarang lebah. |
|
Sebelum dibakar. |
|
Roti boy/mexican bun. |
|
Yang sebelum dibakar. |
|
Roti siput (konon-kononnya) yang kurang ciri-ciri siputnya! |
|
Roti pelbagai bentuk dengan pelbagai filling dan topping. |
|
Versi belum bakar. |
|
Juga versi belum bakar. |
Mak Aji ni bukanlah pandai sangat meroti, memang agak kurang layak memberi tunjuk ajar. Semalam hanyalah sekadar berkongsi pengalaman sahaja. Moga Dena seronok meroti. Seronok juga jadi cikgu ni ya! Sekurang-kurangnya tidaklah Mak Aji berpeluh sampai ke keting seorang sahaja mengerjakan roti ya!
5 comments:
salam makji,
cikgu meroti nie lagi best..siap ngajar boleh makan sedap2 ..cantik & sedap nampak makji buat..pandai betul makji nie..:)
Nak gak berguru dgn mak ajiii
Salam UAA,
He he, jadi cikgu meroti untuk sehari cukuplah ya! Alhamdulillah sedap. Dari segi rupa nak kena banyak berlatih lagi ni.
Salam Shila Muin,
Nak berguru ya, nanti bawakan ayam jantan hitam seekor, kain kuning semeter, kain hitam semeter,..... :)!!!
Did you realize there is a 12 word sentence you can communicate to your partner... that will induce intense feelings of love and impulsive attraction to you deep inside his chest?
Because deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, look after and care for you with his entire heart...
12 Words Will Trigger A Man's Love Instinct
This instinct is so hardwired into a man's brain that it will drive him to try better than ever before to make your relationship the best part of both of your lives.
As a matter of fact, fueling this dominant instinct is absolutely mandatory to having the best possible relationship with your man that once you send your man a "Secret Signal"...
...You will instantly notice him expose his heart and soul to you in a way he's never experienced before and he will recognize you as the one and only woman in the world who has ever truly interested him.
Post a Comment