Followers

Wednesday, 1 April 2015

Kek Keju untuk Ulang Tahun

As-salam.

Begitu lama Mak Aji menyepi, baru sekarang menjengah blog yang sudah bersawang ini!

Mak Aji ingin kongsikan kek keju strawberi yang ditempah khas untuk birthday boy yang menyambut ulang tahun ke-30!:

Light strawberry cheese cake with buttercream frosting and butterscotch chips!
Ulang tahun ke -30.

Sebelum anda terkejut yang Mak Aji menerima tempahan kek pula, elok Mak Aji jelaskan - tempahan dibuat oleh anak bujang Mak Aji - tempah dengan mulut saja, bukannya dengan duit ya! Kalau beginilah Mak Aji berniaga, nescaya tidak sampai sebulan Mak Aji tutup kedai ya!!

Jika anda berminat untuk cuba membuatnya sendiri, Mak Aji perturunkan  resepinya di bawah:

LIGHT CHEESE CAKE

Bahan2:

300ml susu segar
6 keping keju kraft (Mak Aji pakai jenama lain)
3 biji telur gred A (Mak Aji pakai 4 biji telur gred B)
90g gula halus
110g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110g mentega
Strawberry filling secukupnya

Cara2:

Panaskan ketuhar ke suhu 170c, lenserkan loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan kertas minyak.
Dengan api perlahan, panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
Asingkan putih dan kuning telur (kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue (adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah. Jangan overbeat ya!)
Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
Ambil loyang yg sudah dilenserkan tadi dan tuangkan adunan kek tadi. 
Bakar pada suhu 170c menggunakan kaedah bain-marie (letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 60 minit atau sehingga masak (bergantung pada jenis oven)

Setelah kek masak, sejukkan di atas redai. Apabila sejuk paipkan buttercream frosting di sekeliling kek sebagai sempadan. Hiaskan dengan butterscotch chips. Tuangkan strawberry filling di tengah-tengah kek. 

SIAP!! Selamat mencuba!

Sumber resepi asal: http://sue-hasue.blogspot.com/2010/04/light-blueberry-cheese-cake.html





4 comments:

Shila Muin said...

BARU NAK JENGUK RESEPI INGAT MAK AJI YANG BUAT SENDIRI MENARIK KEK NYA.

Ummu Madihah said...

Salam Shila Muin,

Sebenarnya kek ni Mak Aji buat sendiri. Resepinya tak disertakan sebab sebelum ini Mak Aji pernah kongsikan. Nanti Mak Aji edit entri ni untuk menyiarkan sekali lagi resepinya ya! Nanti bolehlah cuba buat ya!

Nuraihana said...

Buat untuk cucu baru nnt buleh dop?

Ummu Madihah said...

Salam Along,

Cucu baru kecik benar nak makan kek keju ni! Ko mok dio hok nok make nih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...