Followers

Saturday, 7 June 2014

Rama-rama Bertandang

As-salam.

Orang tua-tua kata kalau rama-rama masuk ke rumah, itu tandanya rumah kita akan menerima tamu. Perkara semacam ini bukannya boleh dipercayakan sangat. Apapun apabila melihat rama-rama terdetik juga akan siapakah tetamunya!?

Rama-rama besar yang datang bertandang malam-malam!

Yang pastinya sehari selepas itu, bukan tetamu mana sangat pun yang datang ke rumah - anak dara Mak Aji yang pulang bercuti! Dia seperti biasa menaiki AirAsia dan sekarang AirAsia sudah beroperasi di KLIA2. Maka itulah pertama kali kami ke KLIA 2. Kalau kawan-kawan Mak Aji ada yang pergi ke KLIA2 semata-mata untuk meninjau-ninjau tempat agar tidaklah terlalu Jakun nanti apabila benar-benar mahu terbang dari KLIA2 nanti, tetapi Mak Aji (macam biasalah) tiadalah berkesempatan berbuat demikian - Pak Aji tidak mahunya dia meninjau-ninjau tanpa ada alasan yang cukup baik untuk berbuat demikian! Jadi, kami agak tercangak-cangak jugalah semalam sebab pengalaman pertama di situ. Apapun anak dara Mak Aji mengadu terpaksa menukar troli barang sampai dua kali untuk keluar ke balai ketibaan dan jaraknya cukup jauhhhh! 

Perkara jauh itu memang sudah berkali-kali disebut oleh kawan-kawan lain yang pernah menggunakan KLIA2. Jadi sebagai peringatan untuk Mak Aji dan juga untuk anda yang belum pernah menggunakannya, kita perlulah berada di sana jauh lebih awal agar tidak terkejar-kejar masuk ke gate untuk berlepas! Nak Aji pernah tercungap-cungap sampai ke gate gara-gara Pak Aji yang agak relaks sikapnya! Seriklah weh!

Dek kerana sibuk melayan Aleesya tiadalah peluang Mak Aji merakam apa-apa foto KLIA 2. Lain kali sahajalah. 




7 comments:

Juls Julie80 said...

Assalam mak aji..

1st saya naik kt klia2 masa nak balik Swk hari pertama pembukaan klia2 tu..9/5 klu x silap..perginyer ok jer sbb nek erl dr putrajaya sentral..awal mmg awal dah kitorg pergi memikirkan tmpt baru & x fMiliar lg..

tp part plg memgharukan bila Airasia tukar gate last minit & x update dlm jadual penerbangan. Haru biru & berpeluh ketiak jugak la kitorg jalan laju2 dr gate asal ke gate baru tu. Mmg jauhhhhhhh...!!!

Jauh satu hal..x pe lg klu penukaran dimaklumkan awal2 tp klu jauh & bwk org tua yg x bleh nak jalan laju2 (mcm mak) mmg kesian jgk laa...kompem semput dibuatnya..

Kalau nak cari bantuan dr epot tu..utk kes2 last minit cam tu rasanya lagi lama nak tggu dptkan bantuan..silap2 kene tinggal flight..huhuu

Kamsiah yusoff said...

dulu2 org tua2 kata ada org nak masuk meminang anak dara kalau rama2 masuk rumah heeh

nurbijen said...

Selalu juga dengar orang cakap mcm tu, dan pernah juga cakap kat anak2 nila tiba2 ada rama-rama dlm rumah :)

Owh, dah ada KLIA2 rupanya.... Lagi besar dari KLIA ke mak Aji yg KLIA2 ni?

Ummu Madihah said...

Salam Juls,

Mak Aji turut dapat merasakan berpeluh ketiak Juls berlari ke gate baru tu! Memang tak aci betullah Air Asia buat penukaran di saat-saat akhir sebegitu! Nasib baik tak terlepas flight!

Mak Aji pernah panik dulu ketika Pak Aji baru lepas buat by-pass di SJMC, nak balik ke KB (time tu Mak Aji bertugas di KB). Pak Aji kata tak perlu wheel-chair, boleh jalan katanya. Tapi bila dah mula jalan sikit dia dah pucat mukanya. Last2 nasib baik buggy lalu, kami tahan je terus naik. Time tu KLIA baru buka dan Subang airport dah tutup. Memang berpeluh ketiak jugalah!

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

He he, ada orang nak masuk meminang ya! Anak dara Mak Aji ada setahun lagi pengajian insya-Allah. Lepas tu bolehlah kut kalau ada jodoh dia! Kalau nak gi meminang anak orang ada dah ura-uranya, mungkin tidak lama lagi kut, untuk anak bujang nombor dua Mak Aji.

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

He he, itulah kata org-org tua kita, entah ya entah tidak!

Mak Aji tengok KLIA 2 (daripada pemerhatian sendiri) nampak lebih kecil daripada KLIA, cuma lebih besar daripada LCCT adalah. Lebih selesalah berbanding LCCT. Hari tu agak terkejar2 sebab anak dara dah lapar sangat nak makan, jadi kami balik sebelum sempat meninjau2 lebih lanjut.

Zila arif said...

Apa maksud rama2 gergasi masuk ke rumah dh 2 kali tiba2 terkena kipas rama2 terjatuh kat sofa sayapnya tercabut apa maksudnya yA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...