Followers

Friday, 20 June 2014

Jun Bulan Hari Jadi

As-salam.

Sedang Mak Aji berborak-borak dengan menantu, Mida (isteri Zhafran, anak Mak Aji nombor tiga, ibunya Mikhail), rupa-rupanya terdapat ramai dalam kalangan ahli keluarga juga sahabat yang menyambut hari jadi pada bulan Jun ini. Antaranya:

  • isteri anak saudara Pak Aji, Etie pada 6 Jun, 
  • adik ipar Mak Aji, Ijon pada 7 Jun,
  • Zhafran pada 11 Jun, 
  • Ibu Dewi (kawan baik Mak Aji dari Sidoarjo, Surabaya) pada 15 Jun,
  • Mida pada 18 Jun,
  • Pak Aji pada 19 Jun,
  • besan kami (bapa Nadia, menantu Mak Aji) pada 20 Jun,
  • anak buah Mak Aji, Amir Mukhlis pada 23 Jun dan 
  • mak tiri Mak Aji, Su pada 30 Jun! 

Ramai, kan!

Apapun kami tiadalah membuat apa-apa sambutan istimewa, sekadar memberi ucapan sahaja. Malam tadi Mak Aji adalah membuat sebiji kek span pandan yang akan dicuba buat dekorasinya - teruja semacamlah pulak!! Nantikan ya! 

 Sumber foto: oaa-microsystem06.blogspot.com 
Salam ulang tahun semua yang tercatat di atas! Semoga Allah SWT memanjangkan usia kalian dalam rahmat-Nya serta beroleh limpahan rezeki-Nya!! Amin!





2 comments:

zonaku said...

mak aji, adik ipr sy 17jun, anak buah sy 26jun, sy 29 jun, adik sy 30 jun.

tapi x leh lawan sambutan mei, sebab selain bday, ada wedding anniversary adik n abang.... :)

Ummu Madihah said...

Salam Zonaku,

Samalah kita ya, ramai yang meraikan pada bulan ini. Oh bulan Mei lagi - itu yang seronok di kelilingi keluarga - banyak alasan untuk celebrate! :)!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...