Followers

Sunday, 27 April 2014

Etok Bersaiz XL Masak Serai

As-salam.

Dua tiga hari lepas Pak Aji terjumpa etok (Ini kata Kamus Dewan Edisi Keempat:  etok - Kl, Tr sejenis kerang sungai, gayam, Asaphis spp.: kalau kamu rebus ~ itu, jangan lupa bubuh serai.) Anda belum kenal ke? Ok, Mak Aji tunjukkan fotonya ya:

Etok masak serai.
Untuk yang pertama kali melihatnya, rupanya kelihatan seperti kerang cuma tanpa cengkerangnya yang tajam-tajam tu. Etok yang Mak Aji masak ini agak luar biasa kerana saiznya agak besar daripada biasa. Saiz etok yang biasa dimasak salai di Kelantan paling besar pun hanya bersaiz ibu jari. Yang Mak Aji dapat ini bersaiz ibu jari kaki! Yang paling besar Mak Aji jumpa sepanjang hayat ini!

Pak Aji minta agar dimasak serai, maka yang di atas itulah hasilnya - alhamdulillah cukup sedap walaupun dimasak dengan mudah dan ringkas!

Kalau anda mahu tahu, Mak Aji cuma hiris sedikit bawang putih dan merah dan dua batang serai diketuk-ketuk. Rebus air setakat mencukupi untuk kuahnya - jangan banyak ya. Bila mendidih masukkan bawang serta serai. Selepas itu masukkan etok. Bila cengkerangnya mula terbuka, masukkan garam dan sedikit gula dan terus tutup apinya. Siap!!



4 comments:

Juls Julie80 said...

wahhh.. sedapnyerrr...!! mak aji beli kat mane ni.. ? x pernah jumpa lagi saiz besar2 cam ni..biasa kalau blk kpg hubby kat kelantan..xde jumpa sebesar ni...huhuu

terliur lakkk hehehe

suka suka said...

Assalam Mak Aji... Selalu jumpa dalam tomyam je..

Ummu Madihah said...

Salam Juls,

Pak Aji terjumpa di pasar malam Paya Jaras. Belum pernah ada sebelum ini. Pun pertama kali lihat sebesar ini! Oh, kampung hubby kat Kelantan ya, kat mana tu??

Ummu Madihah said...

Waalaikumussalam Mar,

Kalau terjumpa dalam tomyam tu biasanya kepah, bukannya etok Mar! Kepah biasanya kulitnya cerah warnanya pun licin cengkerangnya. Kalau kepah kami juga masak serai ni. Kalau yg saiznya lagi besar dan kulitnya seakan-akan etok ini namanya lokan pulak. Yang itu dibuat bubur lambuk pantai Timur memang kalau makan tak ingat dunialah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...