Followers

Thursday 3 January 2013

Jualan Akhir Tahun

As-salam.

Dua tiga hari lepas Mak Aji ke kedai peralatan elektrik Sen di KB Mall, Kota Bharu bersama-sama Cik Ning. Mak Aji ingin mencari ganti pengisar yang rosak tempoh hari. Apabila melihat ada jualan akhir tahun serta diskaun dan juga potongan harga kerana penebusan mata ahli, maka dapatlah juga pemproses makanan (insya-Allah lepas ni tak payahlah luka jari kerana parut biasa). Layan foto di bawah:

Pemproses makanan Panasonic - paling laku - terpaksa ambil set yang diperaga.
Pengisar dengan bilah serrated - patut lebih tajam daripada bilah biasa.
Tempoh hari meninjau di Harvey Norman tetapi tiada apa yang dibeli pun. Rupa-rupanya rezeki Sen di KB Mall.  Mak Aji perhatikan, berdasarkan tinjauan di KB, orang Kelantan tidak lagi perlu ke KL untuk membeli-belah, semuanya sudah ada di sini. Siapkan sahaja duitnya! A far cry from how it used to be when I was young!



2 comments:

Unknown said...

memang tgh cari ni - food processor, bila buat pai je teringat nak beli...

Ummu Madihah said...

Salam Mohaini,
Sebenarnya nak cari blender je, tp bila sale, dapat kurang lg hg bila redeem points, maka beli jugalah. Angan2 nak buat burger patty sendiri dll. Semoga angan2 jd kenyataan! Model ni yg paling fast-selling. itu yg terus angkut. RM 200 lebih jer, antara yg paling murah dan jenama baik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...