Followers

Sunday 13 January 2013

Beca(k) Naik Bertiga

As-salam.

Semasa Mak Aji di Surabaya tempoh hari, kami ke hulu ke hilir (kalau jarak agak dekat) dengan menaiki beca (di sana disebut becak). Ingin dikongsi di sini foto Madihah, Nadia dan Mawaddah menaiki beca (Mak Aji naik beca di belakangnya - berdua saja!). 

Tiga dara naik beca bertiga!!
Orang berjualan seperti biasa kita lihat dalam sinetron.

Madihah ada mengingatkan agar Mak Aji jangan sampai bercakap hingga suara didengar oleh tukang beca, sebab nanti dia tahu Mak Aji dari Malaysia - asyik terlupa, terkuat sedikit suara dan asyik tangkap foto saja, pecahlah juga. Akhirnya kalau biasa kosnya cuma 5000 rp, tukang beca apabila diberi sebanyak itu, dia buat muka tidak puas hati. Jadi terpaksalah tambah 2000 rp baru mahu dia pergi.

Madihah juga ada memberitahu, kalau muat boleh saja naik beca sampai sepuluh orang, asalkan muat dan tukang beca sanggup kayuh, he he!! Kut ya pun buat naya tukang beca, bawa tiga orang tempoh hari pun bagai sampai separuh mati!



3 comments:

Aida Salleh said...

kak, saiz akak dengan madihah bolehlah bertiga. kalau saya nak naik sorang pun kesian dengan tukang beca...hehehehe...

Ummu Madihah said...

Salam Da,

kalau nak tahu, sorang dlm beca yg bertiga tu, badannya semangat gak! Kalau diingatkan balik, kesian gak tukang beca tu, he he!

Ummu Madihah said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...