Followers

Monday 14 January 2013

Good-bye New York

As-salam.

Lewat pagi ini Mak Aji ke  The Curve, iaitu ke New York Skin Solutions (bukan kota New York yang itu, belum mampu lagilah hendak ke situ, he he!) untuk rawatan muka kali terakhir.  Pakej rawatan muka dibeli sebelum Mak Aji pencen lagi. Meskipun mereka mengecek agar dibeli pakej baru, namun Mak Aji enggan - dahulu gaji lima angka bolehlah, sekarang pencen sudah jatuh mendadak ke empat angka sahaja! Sekarang terpaksalah beralih ke rawatan muka yang kosnya sekitar RM50 sahaja. Sebenarnya ada alasan yang jauh lebih kukuh - Pak Ajipun ada menegur apabila diberitahu tentang New York ini : jangan biarkan muka dibelai oleh non-fellow muslim kerana entah apa yang mereka pegang dan makan sebelum menyentuh muka kita! Seram juga bila memikirkannya ya! Anda pula buat rawatan muka di mana??

Sekadar hiasan. Sumber :www.123rf.com 

 


 

4 comments:

Anonymous said...

Salam Mah,mcmana lepas ke NY tu...ada beza tak?Yati pun cuba juga tapi nampak mcm tak suka ja..dah la depa gebang ja lebih..asyik nak kecek duit customer ja..propa lebih. I terkena dgn Mayfair..menyesal termakan pujuk depa..ada unsur menipu juga. Langsung tak membantu,kalau setakat sapu krim pas tu balut plastik makanan tu I pun buat sendiri..bayar mahal nak¥£€><#
Sakit hati I buat pun tak habis..asyik menipu,kata pakej tapi asyik kena beli produk itu ini kalau nak lagi best..geram sungguh..tobat lahum,takkan percaya lagi kat this so call beauty salon yg guna artis2 ni.

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

Takda apalah sangat specialnya, lebih kurang je, cuma harganya saja yg mahal! Semasa i kat JB dulu pun mcm tu jugak, asyik nak ngecek x habis2. I pun pernah pergi Mayfair, pun kena bungkus gak, kadang2 sampai susah nak bernafas (jangan aku mati x bernafas kat sini sudah, sbb husb x taupun kita pegi!!) I lepas ni nak ke salon biasa yg buat dgn hg sekitar RM50 je utk facial, dah cukup baik dah! Janji maintain muka sikit cukuplah.

Anonymous said...

Hehehe..en.somi tak tau juga..nipu juga,kata treatment buang toksin..padan tak jadi,kelentong somi sangat...sudahnya menyesal duit terbang,hasil takdak..dah tak mau percaya lagi,kadang2 rasa mcm nak tulis kat suratkhabar konon nak bagi tau kat org pompuan lain supaya jgn termakan taktik harga murah padahal ada hidden agenda..harga tak sepadan dgn rawatannya. i buat facial ikut sedap rasa,paling cepat pun 5 bulan sekali..hahaha..tu pun 45 saja..

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

he he, padan muka kita! i ckp balik lambat, sibuk sikit! bagus tu Wan, spy x ramai lg yg terkena mcm kita! Memang awalnya murah tp bila dah buat segala macam add-on yg dikeceknya. Last2 mahal juga. Seperkara yg bagusnya pasal mrk ni, mrk selalu telefon ingatkan kita (pd masa sama sbb nak kecek duit kita lagi!) sbb tau jelah kita ni kan sibuk, he he! Salon bangsa kita pun perlu buat pakej jg, pun kena ingatkan kita spy x lupa! Strategi perniagaan. I ingat nak buat 1 kali sebulan tp kalau dah lupa entah2 jd 1 kali dlm 5 bulan gak, he he!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...