Followers

Wednesday, 28 December 2011

Pernah Kena Kejar Bas Ekspres?

Arwah ayah Mak Aji pernah kata yang Mak Aji membesar dalam kereta! Dia berkata begitu sebab Mak Aji lebih lama memandu kereta berbanding orang lain (kecuali ayah) di rumah Mak Aji (rumah arwah ayah). Sebenarnya Mak Aji mula memandu pada usia 15 tahun, mendapat lesen motorsikal pada usia genap 16 tahun dan lesen memandu semasa usia genap 17 tahun. Makanya dengan usia Mak Aji sekarang, Mak Aji sudah memandu selama 36 tahun (lama tu!).  

Inilah rupa kereta pertama yang  Mak Aji pandu. Pletnya DD1660.
Ini rupa hadapannya (bukan convertible - bumbung biasa). Model kereta  Batman!!
Bila sudah agak lama memandu, maka banyaklah pengalaman ditimba di sepanjang jalan kenangan (macam lirik lagu pulak ya!). Dalam banyak-banyak pengalaman, satu yang paling Mak Aji tidak suka - kena kejar bas ekspres atau treler yang tiada muatan dan yang seumpamanya - hendak tahu kenapa?  Sebabnya - bila treler tiada muatan, pemandunya boleh bawa laju (dah lama kempunan nak bawa laju, asyik dok merangkak-rangkak (macam kat Bukit Putus atau jalan lama Bentong tu), maka bila tiada muatan treler bertukar menjadi pelesit!! Dibawanya treler melebihi had kelajuan (melepasi 110 km sejam) dan yang tidak boleh tahan, dibulinya kita dengan mengikut terlalu rapat, bagaikan nak tercium belakang kereta kita!! Bila perasan kita perempuan, lagilah diacahnya kita!

Treler kosong macam ini mudah bertukar menjadi pelesit!
Bas ekspres pun sewaktu dengannya juga, maka tidak hairanlah jika kemalangan asyik berlaku saban hari hinggakan banyak nyawa melayang dek kerana pemandu yang cuai! Ketika Mak Aji balik kampung tempoh hari, sebuah lagi bas Sani Ekspres terlibat dalam kemalangan - kereta yang dilanggar hancur - pemandu dan penumpangnya, Mak Aji rasa, selamat kembali ke rahmatullah!! Kalau macam inilah gayanya pengusaha Sani tak payah lagi buat cabutan bertuah untuk menggalakkan penumpang naik basnya, sebab penumpang lebih mungkin menang tiket kembali ke alam barzah!! 

Bas Sani kemalangan lagi
Mak Aji pernah menghantar sms ke nombor LPKP yang tertera pada badan bas atau treler untuk mengadu kejadian pembuli jalan raya, namun usaha tidak berhasil, penyudahnya, entah berapa kali sms ke hulu ke hilir, habis begitu sahaja. Buat perabis duit bayar bil telefon aja! 

2 comments:

AsiahRSC said...

Masa I pergi Terengganu yang dulu (bukan yang terkahir ni), lagilah polis jadi pelesit. Dekat nak sampai kat Kerteh, kereta dari jalan yang bertentangan banyak. Tiba2 sebuah kereta polis tu potong. NAsib ada kawasan lapang sebelah kiri, Zafhri masuk ke dalam rumput tu. Kalau tak kami akan bertembung depen berdepan dengan kereta polis bongok tu.

Masa mula-mula I dapat Lancer dulu, masa nak pergi outstation ke Bukit Merah. Sampai kat Salak South tiba2 I terkejut tengok kat belakang kereta polis evo tu macam nak langgar bontot kereta I - dia ikut dekat sangat!!! Tak senonoh tul!

Ummu Madihah said...

Konon nak harapkan polis, mereka yang lebih pulak jadi road bully!! Kadang-kadang tu bukannya mereka nak kejar orang jahat, saja nak lepaskan diri dr jam, dipasangnya siren. Pastu mrk gelak agaknya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...