Followers

Saturday 20 April 2013

Panjat Pokok Selepas Bersalin!

As-salam.

Mak Aji ingin berkongsi suatu cerita benar yang diceritakan seseorang yang sebelum itu diceritakan oleh anaknya, seorang doktor perubatan yang bertugas di pedalaman, iaitu di penempatan orang asli di Kelantan. 

Begini ceritanya. Seorang wanita muda berketurunan orang asli telah melahirkan anak sulungnya. Kelahiran itu agak sukar sehinggakan ibu tersebut mengalami luka (koyak) yang banyak dan seharusnya dibawa segera ke hospital untuk dijahit. Setelah diberitahu keadaan itu kepadanya dia terus lari keluar rumah dan dengan secepat kilat terus memanjat sebatang pokok tinggi yang berdekatan. Puas keluarganya memujuk tetapi perempuan itu tetap tidak mahu turun dari pokok kerana takut dijahit. Dua hari berlalu dan bomba terpaksa dipanggil untuk membantu. Akhirnya, dek kepenatan perempuan itu turun dan menerima rawatan yang sewajarnya! 

Cuba bayangkan diri memanjat pokok tinggi sejurus selepas bersalin!!
Sumber foto:  www.retroland.com



4 comments:

- dieyana - said...

adeh, ngilu rasanya! panjat pokok lps salin..aduhai...

Ummu Madihah said...

Salam Dieyana,

Ni kes terlalu takut kena jahit hidup2 yang terus cabut panjat pokok. Nyilu apa x ingat dah!! Dok terbayang jarum je!!

QA's ~ mamapapa said...

Aduuuuhhhhh! Ngerinyaasss! Dhla byk trkoyak..dia blh lari pnjat pokok plak...huwaaass!

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Tulah dia, masa dengar cerita tu pun dok ngeri dan nyilu! Dah memang expert manjatlah tu, x rasa apa tu. Dah selesai drama baru terasa sakitnya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...