Followers

Tuesday 30 April 2013

Ole-ole dari Kampung - Buah Tanjung dan Jala Mas

As-salam.

Sebelum bertolak balik ke KL kakak Mak Aji, Cik Ning membawa kami ke restoran Nasi Kerabu Yati dalam perjalanan ke lapangan terbang. Sempat pula Mak Aji beli kuih kegemaran (terutama untuk berbuka puasa di bulan puasa), buah tanjung dan jala mas! Melihatkan sahaja fotonya membuat Mak Aji kecur air liur. Saksikan fotonya!:

Di kiri jala mas dan di kanan buah tanjung!
Memang sedap!!
Apapun Mak Aji cuma makan buah tanjung sebiji sahaja dan secubit sahaja jala mas sekali makan sebab kedua-duanya memang manis! Kena pastikan senaman untuk membakar kalorinya pula!!




2 comments:

QA's ~ mamapapa said...

ohhhhh...rindunya pada kueh2 ni mak aji..nak carila balik kg c'abg nti :)

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Mak Aji baru perabis stok ni, memang makan sikit2 sekali makan, agar lama tahannya. Entah bila nak dapat stok baru! Masuk puasa je nanti terbayang2lah kuih2 ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...