Followers

Saturday 20 April 2013

Nasi Beriani Mohd Shah, Batu Pahat

As-salam.

Dalam perjalanan balik ke KL dari Skudai, kami menyinggah di Batu Pahat untuk menziarah makam Habib Ali bin Zaenal Abidin al-Idrus di Tanah Perkuburan Bukit Cermai, Batu Pahat. Selesai ziarah kami terus ke Kompleks Niaga Benteng Peserai yang bersetentangan dengan Hospital Pakar Putra, Batu Pahat. Tujuan kami, Nasi beriani Mohd Shah!

Seingat Mak Aji inilah nasi beriani yang paling sedap yang pernah dimakan di mana-mana sekalipun. Sekali makan memang teringat-ingat! Kami mula makan nasi beriani ini semasa menghantar anak kedua kami, Boy untuk belajar di kolej di bandar ini. Sejak saat itu, memang inilah yang nombor satu! Lihatkan foto ini!:

Nasi beriani kambing yang lazat!
Perhatikan saiz periuknya! Terpaksa minta bungkus untuk anak cepat-cepat takut habis!!
Kalau anda belum pernah merasanya, cubalah, pasti pengalaman itu akan anda ingat sampai bila-bila! (tak dapat upah pun buat iklan ini, he he!!) Jom pekena!



3 comments:

QA's ~ mamapapa said...

Aduuiihhhh..mak aji..ni mmg mggiurkan ..grrrt...

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Kalau sampai ke Batu Pahat, jangan lupa singgah sudah, nyesal x sudah!!

BINAMINDA said...


SAFFRON STIGMA, 1 GRAM = RM 36 SAHAJA(termasuk pos)
*15 terawal akan diberi 1 uncang teh saffron secara percuma!

Khasiat: saffron boleh membantu proses penghadaman dan menghilangkan bau mulut., menguatkan ingatan, agen anti barah,kencing manis, merawat amenia (kekurangan zat besi), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid), merawat penyakit saraf, gout,keletihan, sembelit, Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing (renal colic), kesuburan (fertility), menambah selera makan untuk kanak-kanak (increase appetite) dan ia turut digunakan sebagai perangsang tenaga batin dan penenang (sedative),Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain..

Boleh digunakan dalam masakan:Dibubuh dalam masakan seperti nasi beriani saffron, nasi ayam saffron, nasi minyak saffron, nasi arab mandi,ayam/kambing kuzi,ayam/daging kari.
-Dibubuh dalam susu dan teh panas

Cara-cara menggunakan;

6 stigma (filament) za'faran untuk 500ml air. Boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung


untuk tempahan:www.zouksaffron.lot.my atau sms ke 014-6245 445 atau inbox ke zouksaffron@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...