Followers

Friday 29 March 2013

Perbetul Penjajaran Diri

As-salam.

Along, anak sulung Mak Aji sudah berleter kerana Mak Aji sudah agak lama meninggalkan blog bersawang! Pelbagai hal menjadi kekangan untuk bersiaran dan antara lainnya soal kesihatan. Selepas balik dari Surabaya Mak Aji kurang sihat lagi - sakit tekak, demam dan selsema - mungkin dek panas dan habuk dari sana. Badan juga sakit-sakit terutama pinggang dan pinggul.

Sebetulnya beberapa hari sebelum ke Surabaya Mak Aji terjatuh dari kerusi -memanjat kerusi plastik untuk mengikat money-plant ke pergola! Terasa umpama dunia terbalik - rupa-rupanya diri yang jatuh. Pinggul kiri terkena tepi longkang dan pinggul kanan menghempap polibeg pokok mata kucing (yang belum ditanam ke tanah ketika itu). Selama beberapa minggu selepas itu solat Subuh cukup menyiksakan, terutama sekali ketika rukuk!

Mak Aji berurut beberapa kali tetapi sakit masih belum juga hilang.Cik Ning, kaka sulung Mak Aji mencadangkan agar Mak Aji balik kampung dan berjumpa dengan Mok Su dari Kampung Laut. Dia bukannya tukang urut tetapi lebih sebagai tukang terapi fisio. Mak Aji disuruh membuat beberapa pergerakan (lebih kurang sama dengan yang disuruh ahli fisioterapi) sambil dirinya memegang belakang kita. Selesai sahaja rawatan, badan terasa ringan alhamdulillah!! Tiada lagi sakit pinggang cuma pinggul masih terasa sedikit sakit. Pak Aji juga tidak melepaskan peluang untuk menghilangkan sakit belakang yang bermula semasa masih di kampus lagi, juga sakit tangannya akibat bermain badminton berpuluh tahun dahulu. Alhamdulillah dia juga terasa hilang sakitnya! Jazakallah Mok Su, bila berpeluang ketika balik kampung nanti kami akan datang lagi!!

Money-plant yang diikat agar menjalar ke tiang melintang pada pergola.

Catatan: Sudahlah sakit selepas jatuh, siap kena marah lagi dek Pak Aji sebab memanjat sampai jatuh. Jadinya, sudahlah jatuh, kena marah lagi (nasib baik tiada tangga untuk tambah timpa Mak Aji, he he!!)



4 comments:

Kamsiah yusoff said...

sudah jatuh ditimpa tangga hehe...dah la sakit ati main game tu hehe

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Hai, nasib badan, yang sakit hati tenyeh candy, itu yang sengaja cari, he he!!

suka suka said...

Assalam Mak Aji... Baru bw blog Mak Aji ni... saya dah lebih 10 tahun sakit lutut .... lepas tu terjatuh kerusi sebab lantai slanting dan kerusi plastik tu mcm terkepak dan bergerak .. rasa mcm pendek sebelah kaki sebab jatuh terkejut ...

Ummu Madihah said...

Waalaikumussalam Mar,

Memanglah Mar, kalau ada sejarah jatuh, menanggung sakitlah kita. Semakin berusia, semacam dibongkarnya semula sakit yang dulu tu! Setakat nilah pengalaman Mak Aji, alhamdulillah memang lega selepas Mok Su kerjakan! Pastu silap haribulan angkat barang berat ke, datanglah dia balik. Asal sakit je jam tu juga rasa nak balik kampung! Ramai kawan Mak Aji pun yang komplen macam2 sakit semacam ni, memang Mak Aji recommend Mok Su ni, cuma itulah jauh! Mak Aji kalau nak peta rumah dia pun tak reti sebab rumah dia masuk jauh ke dalam kampung, dengan Waze memang tak jumpa, he he!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...