Followers

Monday, 27 August 2012

Gelagat Cucu

As-salam.

Sejak sebelum berlangsungnya majlis pernikahan dan majlis perkahwinan Hanif (di pihak perempuan), Along dan anak-anak serta suami (sudah balik ke JB dan akan datang semula sebelum kenduri nanti) berada di rumah. Kami orang dewasa sibuk dengan adik-beradik yang datang dari jauh dan dekat untuk kedua-dua majlis tersebut, makanya kami agak sibuk. Dalam kesibukan tersebut, anak-anak kecil pula leka bermain. Si Imran sibuk bermain sejak pagi-pagi lagi sehinggakan dalam kesibukan Mak Aji, terpandang dia tidur terlentuk sambil duduk di sofa. Saksikan:

Tidur sambil duduk di samping botol air uminya!
Si abangnya, Naufal sibuk bermain game dalam telefon bimbit!

Catatan: Pagi-pagi lagi setelah mandi dan mengenakan pakaian baru, terus ke dapur untuk menayangkannya kepada Mak Aji! Setelah dipuji hensem, tersipu-sipu malu!!


Gelagat Jurufoto Cilik

As-salam.

Along, anak sulung Mak Aji balik ke Kota Bharu untuk beraya dengan emak mertuanya. Ipar duainya ramai kerana menantu Mak Aji ada 14 adik-beradik (satu emak tu!). 

Berikut beberapa foto cucu Mak Aji, Imran yang diberi kesempatan menggunakan kamera:

Siap buka langkah lagi!
Menggodak kamera.
Ambil gambar mende tu??
Siap dengan bibir yang menjuih!
Sempat posing pula!
Minum selepas penat merakam foto.
Along dengan Imran.
Along sekeluarga.


Biskut Cip Coklat

As-salam.

Masing-masing sudah kembali dari kampung dan sudah mula kembali ke tempat kerja (waima dengan berat hatinya!). Bermula hujung minggu hadapan akan 'terbukalah' rumah masing-masing untuk rakan taulan di KL pula.

Zhafran, anak Mak Aji yang ketiga ada meminta sepupunya untuk membuat biskut coklat cip. Oleh kerana kesuntukan masa, biskut tidak sempat dibakar. Sebaliknya sepupunya membawa adunan biskut yang belum dibakar. Makanya Madihah dan Mak Aji yang membakarnya di sini.  

Ini biskut yang dihasilkan, untuk raya sehari dua ini, juga untuk anak-anak bawa balik ke Surabaya nanti:

Bestest choc chip cookies ever!!

Second last batch.

Biskut cip coklat ini menggunakan resepi Cik Ning. Nampak gaya kena minta lagi resepi daripada dia - insya-Allah lain kali kena buat sendiri adunannya dan bakar sendiri juga! 



Sunday, 26 August 2012

Kenduri Kahwin Hanif

As-salam.

Alhamdulillah selesailah sudah majlis kenduri kahwin di pihak perempuan yang diadakan di Dewan Komuniti Taman Bukit Cheras pada hari semalam. 

Rombongan kami berkumpul di surau berdekatan, menyempurnakan solat Zuhur dan terus bergerak ke dewan. Majlis berjalan lancar dan selesai sekitar jam 4.00 petang. Ada majlis lain pada sebelah malamnya di dewan yang sama. Berikut beberapa foto di sekitar majlis tersebut:

Hanif dan Nadia disandingkan.
Keluarga besar bapa saudara serta anak cucunya, juga mak saudara
dan anaknya.
Keluarga Nadia.
Mak saudara (Datin Rohani), bapa saudara (Datuk Ismail) serta mak saudara
(Adawiah).
Bapa saudara, mak saudara serta sepupu (Fara).
Bunga tangan pengantin.
Cenderamata untuk Mak Aji.
Along dan Madihah.
Abang ipar (Abang Him), kakak sulung (Cik Ning), sepupu (Emery) dan
adik (Cik Na).
Adik ipar (Din Ahmad) serta Pak Aji.
Pelaminan.

Mak Aji tiada dalam foto sebab Mak Aji yang merakam foto-foto ini. Kena tunggu gambar-gambar kamera lain untuk melihat kesemuanya. 

Sekarang Mak Aji menunggunya hari minggu ini untuk kenduri sambut menantu di pihak kami pula. Kenduri akan diadakan secara penuh sederhana tetapi insya-Allah meriah juga nanti.



Saturday, 25 August 2012

Hantaran daripada Pihak Perempuan

As-salam.

Mak Aji ingin berkongsi hantaran daripada pihak perempuan kepada pihak kami seperti berikut:


Al-Quran dan kotak/rehalnya.
Pelbagai buah-buahan.
Sirih junjung.
Kasut.
Bunga rampai
Kek.
Jam tangan.
PS3 (hai, orang muda-muda!).
Macarons.
Set tali pinggang dan dompet.
Set wangian.



Alhamdulillah Selesai Akad Nikah

As-salam.

Alhamdulillah selepas solat Asar tadi selesailah majlis akad nikah Hanif, anak keempat Mak Aji di Alam Damai. Sekarang Hanif dan Nadia sudah sah sebagai suami isteri. Mak Aji dan Pak Aji mendapat menantu perempuan yang pertama. 

Berikut beberapa foto di sekitar majlis akad nikah. Mak Aji kurang berpuas hati kerana saat-saat yang penting tiada yang terakam (takkanlah Mak Aji sendiri yang kena ambil foto, kan! Harapkan orang lain, beginilah). Harap-harap adalah nanti foto yang lebih baik.: 









Senyum lebar dan thumbs-up - mentang-mentang
dah selesai!!
Berikut pula foto hantaran daripada pihak kami kepada pihak perempuan:

Al-Quran dan rehal/kotaknya.


Cek, mas kahwin serta rantai tangan.

Kek.


Jam tangan dan sepasang kain.


Kasut.

Set sejadah dan telekung.

Sirih junjung dan anggur.
Tas tangan.

Set wangian.


Catatan: Hantaran dihasilkan oleh Berdua Bridal.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...