Followers

Friday 12 August 2011

Cukai Oh Cukai

Pensyarah Mak Aji dulu ada menyebut, "Dua perkara yang kita tak boleh lari dalam hidup ini. Mati dan Cukai!" Ketika dengar tu, tak ada rasa apa-apa, maklumlah pelajar, belum pernah kena cukai. Bila dah bekerja baru kenal apa itu cukai; kira-kira sebulan gaji dalam setahun kena korbankan untuk cukai. Bila dah kenal zakat pendapatan, rasa lega sedikit sebab sekurang-kurangnya kita tahu duit dimanfaatkan oleh saudara seagama. Juga kerana dah kurang jumlah yang kena bayar cukai.

Minggu lepas Mak Aji terima surat daripada LHDN. Mak Aji baca betul-betul surat itu berkali-kali dan untuk kesekian kali itulah Mak Aji faham yang Mak Aji ada hutang dengan mereka. Pelik bin ajaib! Kali terakhir Mak Aji ke LHDN, mereka juga yang kata mereka berhutang sekian banyak kerana Mak Aji terlebih bayar (potong gaji). Mereka tak betul ke Mak Aji yang tak reti baca??

Mak Aji telefon mereka dan belum habis cakap pegawainya terpaksa pass telefon kepada orang lain, langsung putus. Lepas tu Mak Aji belumlah telefon mereka lagi. Yang Mak Aji hairan, macam mana dalam surat mereka Mak Aji boleh faham Mak Aji berhutang, siap suruh bayar sekian-sekian haribulan, kalau tidak kena denda. Mak Aji pass juga universiti,  bahasa Melayu dapat kepujian, macam mana boleh tak faham ek?? Takpa, lepas raya nanti Mak Aji kena pergi perbetul dengan mereka.

Awal minggu ni Mak Aji terbaca dalam satu blog tentang cukai juga, ini kisah benar, kelakar pun kelakar juga, dan nak dikongsi di sini:


Dah baca? Lurus bendul betullah pegawai tu! Banyak sangat makan keropok lekor Losong tak?? 

2 comments:

Anonymous said...

Shimah, kalau LHDN kata dia hutang ngan you tu janganlah pecaya sangat. Kawan Hisham terima surat kata LHDN akan bayar semula lebihan bayar beberapa ribu dan dapat, kemudian datang yang taksiran baru kawan dia kena bayar lebih daripada yang dia dapat!! Blurr member. Hisham kena bayar cukai one quarter daripada taksiran agak nya, or more...ish

SIAH

Ummu Madihah said...

Hai, tak taulah mereka ni?? I ni risau gak sebab nak pencen nih. U tau, lepas pencen pun kena cukai tau! Dahlah duit pencen cenonet, kena cukai lagi, apa lagi yang tinggal??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...