Followers

Thursday 4 September 2014

Projek DIY

As-salam.

Sejak kami pindah ke rumah sekarang pintu pagar baru sekali dicat. Cat asalnya hitam belak-belak semacam cast-iron effect. Apabila terdapat kesan-kesan karat, kami mengecatnya warna hitam. Mak Aji yang memilih warna hitam itu tetapi setelah siap menyesallah pulak kerana memilih warna itu (terdetik di benak - kalau putih tentu lebih cantik!)  Apapun yang pastinya Pak Aji tentu malas melayan kalau Mak Aji mahukan pintu pagar putih pula, he he! 

Beberapa minggu lepas Mak Aji perasan akan karat pada kerusi cast iron di porch lalu Mak Aji membeli setin kecil cat. Projek mengecat kerusi tidak terbuat dan sebaliknya pintu pagar pula yang menerima cat putih!

Mak Aji mengecat sendiri pintu pagar - biasanya Mak Aji mulakan dahulu untuk memancing Pak Aji untuk menghabiskan kerja tersebut tetapi kali ini pancingku tidak mengena! Pak Aji sekadar meninjau-ninjau umpama mandur sahaja! Maka terpaksalah Mak Aji menyempurnakannya! 

Ini foto sebelum - hitam warnanya. 
Ini foto selepas dicat dengan cat warna putih cap Ayam je! 

Dengan warna cat yang baru ini mudahlah sedikit untuk orang mencari rumah Mak Aji - rumah nombor 12 yang pintu pagarnya putih itu!

Jiran yang lalu di hadapan rumah Mak Aji semasa Mak Aji sibuk mengecat tersenyum melihat tukang cat mengerjakan pintu pagar ini! - he he, peduli apa Mak Aji, janji kerja selesai, with or without any help from anyone!!

Mak Aji gunakan cat cap Ayam sahaja dan catnya baru selapis. Kenalah dibeli cat setin kecil lagi agar hilang belak-belak. Putih lagi cantik, kan!! Nampak pagarlah pulak yang kelihatan comot - projek seterusnyalah pulak tu.



4 comments:

nurbijen said...

Salam Mak Aji..
Gigih mak Aji mengecat sendiri... Yang penting cantik kat mata kita, kan?
Betul lah, version putih tu lagi terang dan menarik... Laman pun nampak lebih luas...

Umm AA said...

salam makji,
memang warna putih lagi terserlah...sian yer takder orang nak tulun..takperlah janji berjaya jgk...kena puji ker tak tuh dekat mandurnya..hehehe

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Mak Aji ni biasa juga mengecat ni. Sejak anak dara lagi rajin cat bilik sendiri. Minta arwah ayah beli cat setin, mulalah! Yess, putih lagi cantik!

Ummu Madihah said...

Salam UAA,

Kononnyalah nak pancing tapi tak mengena. Takpalah macam x biasa pulak buat sendiri. Siap pun (selapislah). Nak tau mandur cakap apa?
Dia tanya, "berapa upah sejam kerja ni?"
Mak Aji kata,"sedekah jariah aje," sambil cebik mulut!
Pak Aji gelak. Puji takdelah, cakap cat berbelak-belak adalah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...