Followers

Saturday 27 September 2014

Menemuduga Tuan Kedai Bakeri

As-salam.

Petang tadi Mak Aji ke kedai bakeri untuk menambah stok bahan bakeri di rumah. Banyak bahan sudah kehabisan - kena tambah stok agar kalau mahu buat kuih, bahan sudah tersedia, tinggal buat sahaja! 

Dalam membelek-belek jenis tepung Mak Aji sedikit pening (amaturlah katakan!) - ada tepung biasa (plain flour/all-purpose flour), ada top flour, ada super-fine flour. Jenis tepung lain jangan ceritalah - tepung jagung, tepung ubi, tepung segala macam, ... 

Mak Aji biasanya menggunakan tepung biasa sahaja untuk membuat kek serta biskut. Tepung itu jugalah yang digunakan untuk cekodok ke, waffle ke, ... Pernahlah terlintas di hati - mengapa banyak sangat jenis tepung - tentu ada fungsinya yang berbeza!

Mak Aji menjenguk ke ofis tuan bakeri itu dan membuat ringan mulut bertanya lanjut -
apa beza antara tepung biasa dengan top flour dan super-fine flour? Jawapannya - tepung biasa harga dikawal kerajaan, jadi kualitinya biasa-biasa sahaja. Top flour pula tidak dikawal kerajaan dan kualitinya yang paling baik. Harganya juga lebih mahal. Super-fine flour pula menghasilkan kek dan biskut yang halus teksturnya sebab itulah namanya begitu! 

Mak Aji juga bertanyakan tentang tepung hi-protein untuk roti - apa bezanya dengan tepung roti? Katanya - tepung hi-protein lebih baik kualitinya dan lebih tinggi harganya manakala tepung roti kualitinya biasa-biasa sahaja tetapi khusus untuk membuat roti. 

Pada petang ini selain menambah stok bahan, Mak Aji belajar beberapa perkara baru - seronok juga ya menambah pengetahuan tentang hal-hal seperti ini - cukup bermanfaat untuk home-baker seperti Mak Aji! 

Chocolate lava yang pernah dibaut tidak lama dulu - guna tepung biasa sahaja.
Roti bikin sendiri menggunakan tepung roti.

Bagus juga ya meringankan mulut bertanya, banyak info yang dapat diperoleh! Selepas ini kenalah Mak Aji lebih meringankan mulut lagi!



2 comments:

Aida Salleh said...

Baguslah kak..Nanti jangan lupa kongsi dengan kami juga tau. Info baru untuk saya juga :-)

Ummu Madihah said...

Salam Aida,

Insya-Allah Da!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...